Tuesday, July 29, 2008

Tempe Tag




1. nama-nama timangan oleh org tersayang
org tersayang?? org benci pon ada gak bagi nama timangan kat aku..haha..
ena (pronounce ina) di panggil oleh ahli keluargaku, kawan2 sekolah panggey ina & amelina..haha..masa sekolah dulu amelina nih tengah top,kawan2 forum etc..anak2 sedara panggey makcik & budak2 opis panggey kyna/kiena..err..ex bf dulu pon panggey ina cuma sowang jer masa sekolah dulu (time cinta2 monyet) panggil aku lin (geli pula rasanya skang nih..haha)..hmm..arwah gareth pun kira org yg disayangi lah kan ek..huhu..dia panggey dear ngan mama dear..huhu..tempe panggey akak ipar..lekat sampai skang..haha..tu jer kot nama2 timang2an yg aku pernah ada dpt dari org tersayang, org tak tersayang, org pernah disayangi & org2 yg mewarnai kehidupanku..


2. anda seorang yang...
happy go lucky, periang, peramah tp bole gak jadi pemalu, disenangi kot (org kata..huhu..pasan lak), good listener & penyimpan rahsia yg baik tp tak pandai pujuk or calm org


3. insan teristimewa. describe apa yg membuatkan die terlalu istimewa di mata anda.
Insan Istimewa??? kalau ada bf pon aku belum akan senaraikan dia sbg insan istimewa..hehe..not before dia bergelar husband/suami..baru he's special..kuikui..kalu bf separa special..haha..jadi insan istimewa dalam hidup aku adalah semestinya kedua ibubapaku, adik beradik ku (abg & adik) & anak2 sedaraku. Tak lupa juga all my best & good friends who always be there no matter what..always be a shoulder to cry on :)


4. makanan favourite anda
Saya Suka Makan..!!! jadi bab makanan nih..huhh..tak yah cakap ler..aku mmg suka suma..tolak batu, kayu ngan besi jer lah kot..dan juga benda2 haram laa..dan semestinya aku suka mencuba makanan2/sesuatu yg baru..!!

5. favourite kaler
pink, hitam & purple


6. favourite song
I Love Music..!! hehe..so banyak giler yg aku suka..sehingga tak tersenarai laa..tapi all time fave nyer lagu adalah...
1. Mariah Carey oldies romance songs such as my all, hero,love takes times etc & also 90's love songs..huhu
2. Oldies love songs..huhu..especeli beatles & others such as unchain melody etc..byk giler nih (oldies betul aku)
3. lagu2 rock kapak.. (haha..sah aku oldies)
4. lagu2 indon yg best2 menusuk kalbu
5. Lagu2 arwah Sudirman ngan alleycat..huhu..
6. yg lagu2 baru tu...biasa la..currently best..layan ikut peredaran zaman..come & goes..bila tengah hangat suka..bila lama sikit jadik biasa then jemu dah..hehe. Skang tengah suka gila lagu better in time, leonna lewis.


7. sikap yg membuatkan anda stress
hmm..sikap org ker yg buat kita stress nih?? dari dulu hingga kini adat kerjaku dimarahi..dari boss sehingga ler org kat atas bench tu..tp malas dah nak stress ngan sikap diaorg tu..lantak ler..kowang marah2 aku masuk tinger kanan kuar tinger kiri jer..last2 kowang yg sakit jantung,darah tinggi sbb suka marah2..hehe..


8. 3 benda yg mesti ada dalam handbag anda
1. handphone
2. purse
3. makeup?? tak ler makeup sgt juz compact powder,lip balm/lip gloss, perfum, breath spray, hand sanitizer & losyen
4. ubat2an..hehe..such as minyak angin cap kapak..huhu, vicks, eyemo
5. Tisu kering, wet tissue & handkerchief
6. kamera
7. notebook kecil & pen
8. Kunci kereta

*mintak maap pi senaraikan lebih dari 3..haha..banyak kan?? mmg kawan2 aku pon panggey aku farmasi bergerak..huhu..tu tak masuk aku citer apa ada dlm beg kain sembahyang aku dlm keta lagi tu..hehe*


9. kali terakhir anda menangis beriya-iya..kenapa??
tadi (tp tade ler beriya2 sgt pon)..sbb ada majlis perpisahan with my great officer..yg always be there bila kita susah & tak jemu2 ajar aku wat kes dari sebodoh2 & selemah2 & low confident manusia hingga i'm prod to be how i am now :)


10. tag 5 rakan anda
aiseh..lihat lah link rakan2 di blogku nih..tak ramai pong..yg ada pon dah kena tag..cam no nak tag dah..haha


Saturday, July 26, 2008

Flickr..!! prfttttttttttttt

tataw ler aku kot serber atau notebook aku yg mengong..pehal ngan flickr nih haa???!! taley masuk lansung..kuar segala benda apa ntah di suh nya aku download..pe jadah nyer..!! dah ler aku baru jer upload gambo..kang ilang kang..penat taww..aku nak upload lagik nih gambo..so aku kena cari tempat baru utk upload gambo2 aku nih.. (selain frenster)..eeeeeeeeeeeee...marahhhhhhhhh nyer sayaaaaaaaaaaaaaa... sekian..aku nak pi nengok Jangan Lupa Lirik jap..nak nengok si Tanjung tu nyanyi (sambil makan megi)

Friday, July 25, 2008

Friendship



FRIENDSHIP
© Ralph Waldo Emerson

A ruddy drop of manly blood
The surging sea outweighs;
The world uncertain comes and goes,
The lover rooted stays.
I fancied he was fled,
And, after many a year,
Glowed unexhausted kindliness
Like daily sunrise there.
My careful heart was free again-
O friend, my bosom said,
THrough thee alone the sky is arched,
Through thee the rose is red,
All things through thee takes nobler form
And look beyond the earth,
The mill-round of our fate appears
A sun-path in thy worth.
Me too thy nobleness has taught
To master my despair;
The fountains of my hidden life
Are through thy friendship fair.

SONNET
© William Shakespeare

...When to the session of sweet silent thought
I summon up remembrance of things past,
I sigh the lack of many a thing I sought,
And with old woes new wail my dear time's waste:
Then can I drown an eye, unused to flow,
For precious friends hid in death¹s dateless night,
And weep afresh love's long since cancelled woe,
And moan the expense of many a vanish¹d sight:
Then can I grieve at grievances foregone,
And heavily from woe to woe tell o'er
The sad account of fore-bemoaned moan,
Which I new pay as if not paid before.
but if the while I think on thee, dear friend.
All losses are restored and sorrow end.



I Will Come To You
© HANSON

When you have no light to guide you
And no one to walk beside you
I will come to you
Oh, I will come to you
When the night is dark and stormy
You won't have to reach out for me
I will come to you
Oh, I will come to you
Sometimes when all your dreams may have seen better days
And you don't know how or why, but you've lost your way
Have no fear when your tears are falling
I will hear your spirit callin'
And I swear that I'll be there come what may

'Cause even if we can't be together
We'll be friends now and forever
And I swear that I'll be there come what may
When the night is dark and stormy
You won't have to reach out for me
I will come to you
Oh, I will come to you
We all need somebody we can turn to
Someone who'll always understand
So if you feel that your soul is dyin'
And you need the strength to keep tryin'
I'll reach out and take your hand

Nota : aku kebosanan malam ni..nak update blog..tp tak der idea & tak de cerita...so i decide to quote all the famous poems that I think very beautiful..huhu...


Friday, July 18, 2008

Sekadar Renungan : JoDoH..

Dapat Dari email...utk dikongsi bersama..renung2 kan & selamat beramal..ekeke

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Renungkanlah Sedalam-dalamnya..
Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan.
Hanya belum sampai masanya.
Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang.
Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita.
Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya
singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat.
Dan usia 35tahun belum apa² kalau sepanjang usia itu
telah digunakan untuk membina kecemerlangan.
Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu
dalam doa² lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik,
sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat.
Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan
biar seorang diri drpd menjadi
mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini.
Kita selalusangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini.
Hakikatnya, apabila kitabenar² mendapat apa yang kita inginkan itu,
ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan
terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu.
Hakikatnya apabila kita sendiri telah
memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah.
Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah
(walaupun sebenarnya tak mewah)
terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi
jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa,
dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal
mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan.
Anda pun mengeluh,alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh² bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan
itu benar² membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama.
Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan.
Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,
sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di
samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja
melangkahkan kaki ke alam berumahtangga.
Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan
hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut
banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya,
anda membina dosa
seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing²
padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji,
memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban
apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan diri belum cukup ilmu
untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu.
Jika rasa² belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah

anak², carilah dulu kesabaran itu.
Jangan berkahwin dahulu sebab
kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk
melangkah tetapi telah melompat,
akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut
tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat
bagi yang benar² mengerti tuntutan2nya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus²
bagi yang menjadikannya
gelanggang untuk mengukuhkan iman,
mencintai Tuhan dan menjadikan
syurga sebagai matlamat.
Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan
insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia²nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin keranaperasaan dan mengikut kebiasaan.
Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba
masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka
lorong²nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "
Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang² Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa²nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."


"Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas
kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang
lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada..."



Wednesday, July 16, 2008

Pushing Daisies



sapa suka tengok citer nih angkat kaki..??!!! memula masa iklan sblm ugly betty nak abis..aku tak der lah rasa nak ikut citer nih..tp ada selasa hari tu aku tertengok cerita nih & skang dok ikut pulak cerita nih..lawak & enjoy lar cerita nih..cerita yang ada unsur2 mistik mcm supernatural, ghost whisperer etc tapi bercirikan juga komedi & romance..so funny & sweet :)
Ned (hero) ni pembuat pai & ada kedai pai..dia punya kelebihan boleh menghidupkan semula sesuatu "benda" (manusia atau haiwan) yang dah mati..tetapi kalau benda yang dia hidupkan semula tu hidup lebih dari 1 minit, ada benda lain yang akan mati menggantikan benda yang telah dia hidupkan tadi...so dia membantu ler sowang penyiasat persendirian nih (yg negro tu..lupa lak nama dia) dalam menyelesaikan kes2 pembunuhan dgn menghidupkan semula org2 kena bunuh tu..tp dlm 1 minit jer lah..anjing dia tu digby & gf dia chuck adalah org & haiwan yg dia hidupkan semula...tp dia tak boleh sentuh mereka..sbb selepas dia hidupkan semula yang mana telah mati tu..sentuhan kedua akan menyebabkan..benda2 tersebut mati selamanya..gone forever..biasa ler..sterotype & typical series mengenai kuasa2 superpower dlm cerita nih..but the way series nih di garap seems a little bit different ngan series tv yg lain..as i said earlier..this series was not too serious...humour & romance...cerita nih mmg my currently fave... :) bole ler try layan citer nih sblm tengok desperate housewives

lead actor & actress of pushing daisies (chuck & ned)

cast of pushing daisies





Monday, July 14, 2008

Langkawi Oh Langkawi




al kisah..lama tak apdet ek blog nih..bz sgt & lately nih amat keletihan dgn kijer yg makin banyakk...so aku apdet ari nih dgn memulakan citer pi langkawi sabtu (12hb julai 08) yg lalu..bukan ler trip or vacation or holiday pon..tp pegi sbb teman kan adik aku nih nak beli coklat "DAIM" utk awek dia yg kekunun tingin sgt nak mkn coklat tu..kami bertolak naik feri pukul 10.30..naik feri/bot frontier tu..dalam lebih kurang pukul 12.00 kami sampai ler kat Jeti Langkawi..pi toilet, makan suma kat area jeti tu jer..malas nak pegi byk2 tempat..al maklum ler..transpot tade..so langkah pendek sikit ler...nak sewa keta pon..aku bukan nyer tau sgt jalan2 area langkawi nih..wat nyer sesat tak sampai balik jeti kang..sapo nak nolong...tak kan nak kol adik udin lak..ekekeke..hmm..setelah abis makan suma..kami terpikir..nak gi mana nak soping setakat coklat daim tu..pegi Idaman Suri jer lah..then kami naik cab..dalam cab jer tetiba adik aku kata..kita pi tempat lain dulu ler.. then pakcik cab tu sajes gi cable car..kira ok jer lahh... dalam perjalanan ke cable car tu amat ler membosankan sbb pakcik cab tu ajak berbual pasal "politik"..the most topic that i hate most..mmg pantang ler aku kalau org2 baru yg kita kenal ajak sembang pasal politik..tak belajar teknik komunikasi yg betul lah pakcik nih..topik2 gitu adalah amat sensitip dlm perniagaan..tak semua share or have a same ideologi as yours..rite..so back off..!! and even they have a same ideologi dgn ours pun..tak semestinya we have to talk about it too seriously..bukan ler means kita tak payah amik tau mcm katak bawah tempurung tu..but for me..just find your clique to talk about it..ok..enuf about pakcik cab tu..huhu...eh..one more thing..dia perbodohkan aku bila tunjuk satu gunung tu & said that gunung tu is the highest mountain in the asia..hehe..abis tu kinabalu tu letak mana..?? tp sbb aku malas nak berbahas..aku biar jer lah..haha..

sampai kat tempat cable car nih dalam pukul 2..cable car nih terletak dlm Geopark..geopark nih lak somewhere dekat area..err..hmm..aa..kat mana ntah lupa..hehe..yg pasti nyer..mmg agak jauh ler dari jeti & lalu area beras terbakar & makam mahsuri..tp ujunggg lagi...ni antara view yang aku sempat capture masa masuk geopark nih..sblm nak cable car..ronda2 dulu kawasan persekitaran..tengok apa yang ada kat sini... jumpa animal park..so masuk ler..tak der lah byk sgt animal nyer..ada lah arnab yg giler2 punya manja...pantang kita duduk jer..berluru arnab2 tu dtg mengendeng...giler ahh..best gak mcm ramai peminat..ahahaha...

ni antara gambar2 arnab & few haiwan yang aku capture dlm animal park tu..gambar gajah tak bleh amik sbb camera not allowed..huhu..certain2 gambar nih aku dah kasi potong sbb ada muka aku..hehe..tengok takat tangan dah ler ekk..best gak bagi rusa tu makan..geli lidah dia kena tangan kita..haha..so cute..
ni berebut2 bila aku nak bagi makan carrot...tu sampai panjat2 atas beg aku tuh..sib baik tak berak atas aku..yg naik atas riba pon banyak..ekeke..

yg nih lak senyap jer dok sebelah aku..control cute ler tu..hehe
nih antara2 yang berkerumun ngan aku ler nih...

err..burung helang kan nih??? hehe..terkompius lak..

bagi rusa makan..er..rusa ker?? ker kancil?? ntahh..hahaha..


nih closed up sikit..mcm muka kucing aku lak rusa/kancil nih...geli lidah dier jilat2 tangan aku..hehe

so lepas berkeliaran nengok haiwan2 kat situ..kami pun naik kabel car..naik sekali ngan kapel dr arab ker mana ntah..cantikkk..awek dia..eh bini kot...ni lak antara gambar yg capture dlm cable car..trust me..the view is so mabeles..lebih indah dr apa yg aku capture..sbb kamera aku murah & aku nih amatur jer..so gambo dia tak melambangkan sgt apa yg aku nengok live ler..hehe..

ni pandangan dala kabel car..mengadap ke arah laut...yg utan2..air2 terjun tu ada lah capture gak..tp maleh nak pes..

ni bila dah sampai kat puncak....ni capture sebelah hutan2..gunung2..bukit...and siyesly..the view..mmg mabeles...

ni yang sebelah laut nyer view...air laut yg kat belakang bukit nih...warna biru betul2..masyaAllah...cantik betul..betapa besar nye kuasa tuhan menciptanya..

lepas jer amik gambo pelbagai pose dan pelbagai tempat2 yg indah... (kalau nak nengok..sila ler masuk my flickr..hehe..tp utk malam nih tade lagi..haha) kami pun turun ler...terus tahan cab..bawak gi idaman suri..soping sana sat..then aku call mak aku.. ekceli mak aku mmg ada kat langkawi sabtu tu sbb dia pegi kenduri sedara dia..so kami plan balik sesama ler..lepas beli coklat & aku beli beg..mak aku sampai..wah..lagi sakan ler mak aku..abis pinggan mangkuk, kain batik suma dia borong..lepas abis mak aku memborong..dan aku membeli belah..kami balik ke jeti...

ni ler coklat daim & hersheys yg aku beli...aku beli sikit jer..dah abis pon nih..sbb bawak ke opis..

kami naik feri pukul 5.30..balik naik coral island feri..beso tp lembab...lama giler nak sampai..dlm kul 7 sampai..pastu amik keta aku park kat kuala perlis..kena parking 8 hengget per day..then mak aku ajak balik ikut jalan tepi laut..saja nak nengok keindahan sunset...cewahhh...so aku paste lagi gambo2 sunset yg maha indah nih (means live ler ekk..sbbaku tau aku capture tak lawa) hehe.. enjoy keindahan ciptaan tuhan ini...so thats it utk kisah aku pergi ke langkawi amik mak aku :)







Thursday, July 3, 2008

Rahsia Tahi Lalat.....!!

jommmm..cuba kaji2..tahi lalat kowang kat mana..??? bagaimana kowang nih sebenarnya..??adakah fakta atau auta info nih..??? hehe

Bagian Badan

Firasat

bibir atas kanan

banyak rezeki, pandai

bibir atas kiri

ramai kawan, baik hati

bibir bawah kanan

disegani orang, ramai yg suka

bibir bawah kiri

pandai bicara, tak mudah kalah

leher kanan

cerdas, jujur, berani menderita

leher kiri

cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan

leher di tengah

tercapai cita-cita

biji mata kanan

suka serong dan pembohong

biji mata kiri

pembohong tetapi baik hati

hujung mata kanan

baik hati, sopan santun, cerdas

hujung mata kiri

baik budi, murah rezeki

punggung kanan

agak mengalami kesulitan

punggung kiri

malas dan suka duduk

betis kanan

suka berhibur, boros

betis kiri

rajin,tidak suka menganggur

lutut kanan

bersikap tidak peduli dan tak mahu berusaha

lutt kiri

kurang kuat berusaha

kepala sebelah kanan

terkabul cita-cita

kepala sebelah kiri

sering menemui kesusahan

kepala sebelah belakang

jujur, sabar dan tekun

kening kanan

cerdas dan cekap

kening kiri

cerdas, sopan santun

tengah kening

keras hati, berani segala hal

hujung mulut kanan

kecil rezeki, tak mudah kalah

hujung mulut kiri

suka berpoya-poya

ketiak kanan

dapat menyimpan rahsia

ketiak kiri

jujur, banyak yang cinta

pergelangan kaki kanan

suka berpergian (keluar rumah)

pergelangan kaki kiri

kehendak kuat

batang hidung

banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya

pada hidung

banyak rezeki

dagu bawah kanan

jujur dan baik hati

dagu bawah kiri

bijak sana dan berbudi luhur

kemaluan kanan atau kiri

baik, suka senggama

di kepala kemaluan (lelaki)

bakal beristeri 2

tumit kanan

jujur dan banyak kawan

tumit kiri

baik budi

alis kanan

suka menolong, baik hati

alis kiri

ramai yang suka

pangkal peha kanan

kemahuan kuat

pangkal peha kiri

suka kerja apa pun

telapak kaki kanan

tak mudah mengeluh

jari kaki kanan

suka menolong

jari kaki kiri

berbudi, suka berbuat baik

bahu kanan

cermat dlm membuat keputusan, banyak tanggungan

bahu kiri

suka kerja keras, banyak tanggungjawab

buah dada kanan

baik hati, pendiam,simpan rahsia

buah dada kiri

ramai kawan, setia pada pasangan

lengan kanan

setia dan taat pada atasan

lengan kiri

menepati janji dan rajin

pipi kanan

ramai teman

tengah-tengah pipi kanan

ramai yg suka

tengah-tengah pipi kiri

ramai teman

ubun-ubun

kurang jujur

pusat

cerdas, tangkas, tekun

pusat bahagian kanan

sejahtera dalam hidup

pusat bahagian kiri

beroleh kemliaan

pinggang kanan

sayang pada pasangan hidup

pinggang kiri

disayang pasangan hidup

dada kanan

dapat mengatasi masalah

dada kiri

berani, jujur dan sabar

telapak kaki kanan

tidak mudah mengeluh

telapak kaki kiri

baik budi pekertinya

siku tangan kanan

kuat ingin memiliki kekayaan

siku tangan kiri

baik hati, suka menolong

jari tangan kanan

serba beroleh keuntungan

jari tangan kiri

serba baik bekerja

jari telapak tangan kanan

banyak rezeki tapi boros

jari telapak tangan kiri

banyak rezeki dan cermat

perut bawah kanan

banyak rezeki, suka memberi maaf

perut bawah kiri

baik hati, tenang hidupnya

sudut mata kanan dalam

disayang suami atau isteri

sudut mata kiri dalam

tidak mudah dilupakan pasangan

sudut mata kanan luar

baik budi, ramai yg cinta

pelipis kiri

murah rezeki, dpt jadi kaya

pelipis kanan

serba berhasil dalam usaha

kelopak mata kanan atas

baik hati, ramah, berjaya

kelopak mata kiri atas

baik budi, ramai yg suka

kelopak mata kanan bawah

agak malas

kelopak mata kiri bawah

agak bodoh, kurang bijaksana

Tuesday, July 1, 2008

Rentetan Peristiwa Sepanjang Minggu



Bermula dari 26hb Jun 08 - Demam

Dak ofismate aku sowang tu demam..abis tu masuk bilik aku siap batuk2 satu bilik..marah member2 lain..sbb nanti merebak ler virus2 demam tu..aku ngan bangga nyer kata aku nak jangkit virus demam tu..sbb aku nak mc..penat bekerja..penat berpikir..biar lah aku mc..huhu..pastu malam aku dah mula seram sejuk..tido pon awal walhal malam jumat.. (erkk..aku cuti esok nyer..so selalu nyer aku layan dvd2 & surf internet sampai lewat2 dinihari..huhu)..dgn anggapan suci hati nyer aku pulih esok nyer sbb nak kuar soping..gaji dah masyukkk kan..

*******************************************************************************

27hb Jun 08 - Shopping time..not over than RM20..hehe

demam tak baik pon..tp aku tetap gi shopping..yg menakjubkan kali nih aku borong barangan cheap sale jer..huhu..suma nyer not less than RM20..tade jenama pon belasah jer lah..yg penting aku ada baju baru..ekeke..aku beli these 3 items..



baju murah2 jer..hehe..tak kisah lah kan ekk..

******************************************************************************

28 hb Jun 08 - kenduri kawin & small reunion

bergegas ke penang utk menghadiri kenduri kawin my good frenz...sampai ke majlis dlm kul 1 lebih..saja nak lewat2 kan diri sbb nak nengok pengantin lelaki..hmm..this ceremony menemukan balik aku ngan geng2 6 jahanam..hehe..kawan2 baik masa sekolah dulu...maklum lah..aku ibarat balik kampung..and pertemuan terjadi secara tak sengaja...kebetulan wedding tu kawan aku (one of the gang 6 jahanam) organize nyer..and kebetulan jumpa lagi geng2 lama..as usual..mcm2 perubahan..yg dah ada anak..yg makin gemuk (mcm aku jer), yg makin kurus, yg makin cantik,yg makin burokss..dan pelbagai lagik...hmmm..anyway...tahniah kpd pasangan kak nurul & husband (aku tataw nama husband dia). Wish u selamat pengantin baru & semoga kekal sehingga ke akhir hayat..amin...

this is not a best picture though..i know..bad capture..huhu..dgn pengantin pompuan nyer tgah muncung mulut ..ahakss..but then..this is the only picture i have which is without my face..hikhik..utk pasangan comel nih..wish u all best of luck dlm menjalani kehidupan rumahtangga..semoga tabah mengharungi pelbagai dugaan...hmm..bila pulak turn haku nih..hahahaha
*******************************************************************************

29hb Jun 08 - back to work..!!

penat..bosan..but thats the way is..hidup kena kerja..kalu org lain ada sindrom "monday blues"..aku lak sindron "sunday blues"..tatkala org lain tgah berbahagia melayari hari2 hujung minggunya dgn bahagia..layan melodi..layan CSI dan pelbagai..aku mula melangkah kerja utk menegakkan keadilan (perghhh..poyo..haha)..wpun dlm kemelut politik skang ramai menyalahkan pihat itu & ini (antaranya bidang kehakiman & perundangan) but still kadang2 mereka lupa pd insan2 kerdil mcm kami nih fight for their justice..jenayah yg tak pernah sudah2 & tak pernah selesai di bumi malaysia nih..hmm...pagi2 kami dah nengok muka2 penjenayah..mangsa...and that is my job..which is never been appreciated..tak mcm cikgu..doctor..or other job yg beri perkhidmatan..org akan cakap "terima kasih"..but us..?? lu pikir lah sendirikk...












*************************************************************************************

30hb Jun 08 - kekecewaan hati...inai merah dijarimu..huhu

dah laa..malas nak komen panjang2 pasal nih..yg pasti aku kuciwa hari nih jumpak sekret admire di jari dia ada 3 jari ada inai...tinggal2 kat kuku jer..huhh..dah kawin masa cuti sekolah ari tu laa..uwaaaaaaaaaaaaaa...