Showing posts with label kisah lawak/seram. Show all posts
Showing posts with label kisah lawak/seram. Show all posts

Sunday, February 1, 2009

Take a Break : Funniest Cat Video

Aku tensen2 keja siang tadi..terbawak2 sampai ke mlm...gugel youtube nak cari video2 lawak..video nih yg cheer aku sket mlm nih..fuhhh..lawakkss..hahaha..


Friday, September 26, 2008

Panorama yang jarang dapat tengok masa memandu

Selalu orang gantung teddy bear ke , spongebob ke , skang ni orang letak Budak pulak kat cermin belakang tu..lagi real..


ni act je macam tgh tdo ,sebenor nya tengah tahan kotak tu guna tengkuk dia .kaki tangan semua dah pakai..

kat parking , nampak pulak something yang tak pernah dibuat orang .Ini cara baru nak lock tayar..pakai kepala katil...

ni baru namanya bawak pet jalan jalan makan angin .betul2 makan angin .Pandai pulak dia duduk diam dalam bakul tu ek ...mesra semacam jee..


kat muo belum ada lagi bas ni .alkisahnya gara2 tak pernah bawak bas double decker .tersangkut kat aircond dia.



kancil merah ni dah habis minyak , so driver kancil tu mintak tolong saudara kita ni tolong taw pegi stesen

Monday, June 23, 2008

kisah seram di pudu jail



Aku dengar citer nih dah lama..tp baru2 nih ada member aku 4ward email nih..so aku pon paste kat blog nih utk tatapan ramai...tau tak naper penjara pudu nih ditutup..?? gini kisah nyer...Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu. Hanya boleh disebarkan pada orang2 tertentu sahaja...Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil "Bilik Terakhir". Dibilik inilah seringnyaberlaku kejadian pelik sejak Penjara
Pudu ditutup. Dinamakan "BILIK TERAKHIR " adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terakhir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung.

Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap,menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka.

Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara-suara sayu meminta tolong, suara orang
menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut.

Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula.

Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik
tersebut mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram
kerana mati mereka ditali gantung.

Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan
renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan "Bilik Terakhir" itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut.Ia cuba beranikan diri untuk untuk
melihat apakah bendanya itu.Sedang ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju kearah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja.
Ia berasa harian bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu? Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu.

Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau-
ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi. Apabila apabila sampai ke kedalam gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun dalamnya. Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yang
mengerikan seraya berkata,







"Heyyyyyy manusiaaa. Jangan awak sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa " " Ahmaaaaaad
Albab yang punyaaaaaa " Ha Ha Ha Ha
Ha " Yaaaaaaa, Ahmaaaaadd Albab yang
punyaaaaaa ... "