Friday, January 23, 2015

Crush Rock Kapak

Teringat nak tulis pasal ni sbb baru2 ni kita dikejutkan dgn penangkapan Zamani Slam sbb kes dadah. Terus teringat yg Zamani ni antara crush aku masa zaman sekolah aka zaman rock kapak dulu. Why? Sbb biasa lah vokalis mmg selalu org aim lebeh kan.. Haha.. Selain Zamani, Shah Slam pun aku taste. Sbb? Aku mmg suka laki pandai main gitar & rambut panjang time tu.. Haha.. Pelik punya taste. Biasa la anak2 muda baru nak up time tu. Kalau bdk zaman skang harus lah gila kan ala2 dak2 hip hop subang jaya mmg ada gaya mcm hari2 hari raya.. Kah3. 


Another crush retis aku time tu Ajin Blackrose. Ohemgee. Boleh bayang tak betapa hensem nye si Ajin time tu? Dah la suara bleh cair mek dengar. Pandai main segala instrumen lak tu.. Ishhh.. Sampai skang lah aku dok gilakan si Ajin tu. Sehari tak dengar lagu Blackrose tak sah. Karoks pun lagu wajib haruslah Cinta Abadi uols. Lagu penantian kenot go sbb tinggi.. Haha.. Ingat tak AJL thn 1991 (aku baru darjah berapa ntah) masa pengacara Azwan Ali ketika sel otak2 nya masih berhubung.. Seksa gila kot Ajin nyanyi time tu. Dia pun susah nak tarik tambah la aku rakyat marhaen ni kan? Haha.. Tp time tu Ajin.. Perghh.. Style abeh.. Keh3.. 


Selain tu, crush rock kapak aku yg lain Along Exist. Sbb pun lupa dah sbb apa.. Haha.. Tp exist ni aku suka sejak sekolah rendah la sbb zaman2 tu rasa sebaya ja ngan diaorg. 


Well, ekceli byk lagi tp ni yang PALING aku suka dulu, kini, selamanya.. Zaman Rock Kapak sentiasa indah dan mekar dlm ingatan hingga kini. Rasa bertuah sbb dpt lalui zaman tu dr lalui zaman hip hop budak subang jaya.. Haha.. Alah, korang yg muda2 ni pun kalau pi karoks, lagu rock kapak jugak kan. Semoga Zamani pulih dari najis dadah.. Harap dia kembali bersinar selepas pemulihan. Apa2 pun suara dia mmg lemak merdu wpun menyanyi dlm keadaan bergari tu. Sayu iols tengok taw.. Huhu.. Kami semua sayang anda.. Moga terus diberikan hidayah

No comments: