Saturday, June 18, 2011

Kasih Yang Suci v Nora Elena



Salam..!! huhh.. masuk nak kemas sawang2 jer hari ni.. dah berbulan2 (mcm biasa) tak masuk.. hari ni terlintas jugak lah nak masuk update (walaupun bukan ada org baca pun kan) haha.. Saja lah nak tunjuk updated mak jemah oiii... dok sibuk ngan facebook & twitter jer.. nak la pulak update blog yg tak seberapa nih.. hmm apa nak citer.. mcm biasa nak citer pasal citer2kat tv jer lah. Sbb yang tu yg terpikir pun skang & yg tu lah paling senang nak update pun.. hehehe.. Okeh.. aku nak citer pasal demam nih.. Bukan demam denggi or demam kepialu.. tp demam Nora Elena ;)

Drama yang ditayangkan di TV3 tetiap Isnin-Khamis jam 7-8. Drama yg membuatkan aku rasa sembahyang maghrib ramai yang terlajak ke pukul 8.?? (ye ke..?? aku agak je.. tak tuduh..ekeke..ke korang sembahyang masa time iklan..??iklan tv3 ni lama.. mmg sempat sembahyang maghrib pun..hehe-no komen). Malas nak cite bab2 sinopsis or pelakon2 citer ni lah sbb umum dah tau.. cite ni jugak adaptasi dari Novel karya Meen Zulaikha iaitu Kasih yang suci.


Ok.. jujurnya aku just tertengok drama nih 2 minggu sblm episod akhir. Sblm ni tak sempat la tengok.. tp bila pegi ofis & buka facebook or twitter semuanya update & borak pasal citer ni.. of kos la aku pun ingin mencuba tengok.. hehe.. tambahan pula aku mmg ada novel ni kan, so nak tau la apa hebatnya & ada beza tak ngan novel. Mestilah ada beza kan especially part intim Seth Tan & Nora Elena, takkan la nak tunjuk kat tv..haha.. dalam novel mmg la describe abis. Just apa yg aku rasa mengecewakan ialah ending dia... terlalu rushing bagi aku. Fine, aku pun tak suka citer panjang berjela2 melalut mcm sinetron or telenovela tu, but ending dia tu supposedly boleh dibuat dlm 2 episod akhir dari dipack kan dlm 1 episod. Sekaligus mmg tak sama or quite different ngan ending dlm novel. Pada aku, penulis novel dah create or tulis ending dgn baik dah & ada mesej yg dia nak sampaikan but drama mcm kureng sikit laa. Dalam novel Seth berjaya sampai ke hospital sblm Nora masuk labor room. Seth mintak nak masuk ikut sekali, tp Nora tak bagi. Sampai sejam Nora tak keluar2 dari labor room. Doktor keluar dari labor room, Seth tanya doktor.. kenapa lambat sgt..?? Doktor tu kata.. biasalah.. first time beranak mmg mcm tu.. Doktor kata elok Seth masuk sbb Nora perlukan sokongan. Seth masuk.. lihat kesengsaraan Nora.. Nora pegang tangan Seth & mintak maaf terhadap silap dia. Seth pun maafkan.. then Nora pun selamat lahirkan anak. See.. walaupun hanya sikit je perbezaan.. tp nampak tak apa motif or mesej yg cuba ditampilkan oleh penulis.. "Jgn derhaka kat husband yer..susah nak beranak kang" kikikiki. Kemudian part anak Seth & Nora kena culik tu, patut nya kejadian tu jadi masa majlis cukur jambul.. bkn nya kat hospital.. Ish.. negligent sgt tu klinik swasta yg mahal dibayar kalu sesenang boleh kidnap baby..hehe.. hmm.. part2 lain yg tak penulis skrip tak buat research bg aku byk la jugak.. tp malas la nak komen (part investigate polis-org kena tuduh letak sekali ngan mangsa, org kena tangkap tak kena reman terus keluar bla..bla..bla.. sikit2 je here there.. mcm biasa la). Tp apa yg penting kita enjoy & tersenyum lihat citer ni. Peringatan utk gadis2 & juga aku sendiri.. Tiada lelaki seperfect Seth Tan dalam dunia ni aku rasa.. hahaha.. so jgn terus dibuai angan2 hidup anda akan seindah Nora Elena :P Tp hidup Nora Elena pun sblm nak capai happy ending ni, trauma jugak mak jemah oi.. Itu lah hikmahnya... (berfikiran positi) :)




Thursday, December 16, 2010

Movie Marathon Alone



Seperti biasa tujuan tiap kali aku bukak laman blog ni adalah utk melahirkan perasaan yg tak best.. hehe.. nak buat mcm mana.. kat sini jer lah tempat aku nak luah kan apa yang menyakitkan hati aku.. mcm kata2 orang "Not having problem is like note having a life". So enjoy your problem..hehe.. so sebagai tanda menunjukkan yg aku ingin enjoy dgn life aku, aku decide tak nak tulis apa yg berserabut & menyakitkan hati yang terjadi pada hari ni. Tapi, aku nak share apa movie yg aku layan sepanjang minggu ni boleh..?? haha.. yg best nya ketiga2 movie ni aku pi tengok sorang2.. (siang hari la). Ok jer.. best jugak layan movie sorang sbb:

1. Ko leh pilih movie apa yg ko suka, kalau tak best tak de sape nak komplen & salahkan ko.

2. Ko leh pilih seat mana2 ko suka sbb aku ni jenis pelik sbb suka dok depan or tengah.. erkk (dlm lane J, K gitu sedangkan kwn2 aku jenis suka dok belakang)

3. Boleh concentrate ngan movie without gangguan kawan ko yang nak borak la, yg tak paham jalan citer la, yg terlost cite lah tak kurang jugak yg nak mintak ko temankan dia ke toilet

4. Ko leh gelak or jerit kuat2 tanpa kwn ko sound ko sbb dia malu

5. Ko tak yah share pop corn & drink.. haha

Sejarah nye yang aku leh terlayan movie ni sorang2 & dah jadik habit tak suka tengok dgn member2 dah ialah sbb stress. Stressnya berpunca dari kawan ku yang kerap mungkir janji nak tgok wayang ngan aku..bukan setakat sekali dua okeh dia wat gitu, (member2 pompuan).. ni dah kali kesepuluh ada lah kot..yg paling sakit hati bila aku dah congok depan cinema then tak jadik & bila aku ajak tengok cite hantu kononya tak nak sbb takut then boleh pulak esok nya pi tengok ngan member lain cite tu & kononnya kena paksa..!! WTH kan..???????? So.. lantak lah.. layan sorang lagi best.

Movie yang aku tengok this week ialah Rapunzel, Ngangkung & Hantu Kak Limah Balik Kampung.

Rapunzel A Tangled Tale

*best-lawak giler-sweet-beautiful scenery (even cartoon)*

Ngangkung

*aku tatau nape tp aku rase mengecewakan sikit (personal opinion) sbb aku tak de lah gelak banyak mcm aku tengok Rapunzel & Kak Limah-aku peminat giler Sam tp cara cakap tu nampak sgt dibuat2-eira syazira pun nampak sgt mcm dibuat2 watak isteri suka bebel..nampak tak real sgt-tp still ada la part2 lawaknyer*

Hantu Kak Limah Balik Rumah

*memang lawak giler even lawak bangang-aku gelak sampai kuar air mata-pecah panggung gelak-elok utk hilangkan stress*

Sekian saja komen aku...hahaha..short kan..?? eh suka ati aku aku nyer komen..hahaha... tp cayalah komen aku tu.. Sekian dulu buat masa nih.............



Sunday, November 21, 2010

Harry Potter & The Deathly Hallows


yeah... Harry Potter back..!!! Sebagai fan HP, komen aku semestinya bias which is Harry Potter 7 memang best!! Actually it's better than Harry Potter 5 & 6. HP5 & 6 pada aku quite slow & unsur2 lawak yg selalunya ada sikit dlm HP pun kurang (HP5 & HP6). Namun, berbeza sikit dalam HP7. Tapi, komen rata2 sure akan menyatakan HP skang dah boring sbb banyak mainan perasaan, Hermoine yg sering menangis etc. Hellooo... not only actor tu meningkat remaja tp character dlm film tersebut turut meningkat remaja. So, takkan nak expect Harry, Hermoine & Ron masih kebudak-budakan mcm HP1 or HP2. Sudah semestinya lah kan perwatakan derang akan berbeza. As usual, aku bagi rate 4 bintang utk HP kali ni.. Can't wait next year utk lihat kesudahannya..huhu (sedih no more HP). Ending utk HP ni agak sedih.. sbb berakhir dgn kematian... starting pun sedih sbb pun ada kematian...mendebarkan.. so tengok jgn tak tengok :)

Taman Astakona


Esok aku kerja tp aku still tak boleh lelapkan mata.. Malam masih muda barangkali walaupun aku jugak yang semakin tua. Terdetik untuk aku bangun dari baringan aku sbb malam ni aku rasa sangat emosi. Mungkin juga sbb aku period (oppss.. sorry) ye lah.. time2 gini hormon dalam badan berlebih2an. Pelbagai emosi boleh dizahirkan. Kalau rasa marah boleh akan jadi marah sesangat dan kalau sensitif jadi lah mcm aku malam nih. Melayan emosi sendiri ditemani lagu2 yang menyentuh hati (aku sendiri yang cari pasal).

Jumaat lalu tika aku sedang menunggu utk pick up kawan aku sbb kami nak pergi menonton Harry Potter, tiba2 Hot.fm memainkan lagi "Taman Astakona". Ok..sound sungguh rock kapak @ rock leleh tp tu lah lagu yg wujud dan hit zaman aku ketika remaja. Dan boleh dikatakan zaman aku mula menggedik mengenal cinta (bukan cinta chandury yer). Zaman tu juga novel2 remaja yg aku baca hanyalah tulisan Ahadiat Akashah. Lagenda Budak Setan tu kira zaman aku lah tu. Selepas terdengar lagu tu, aku mula teringat seseorang. Seseorang yang mula2 mengajar aku erti cinta & rindu (even hanyalah cinta monyet pada zaman tu).

Aku tersenyum tika tu.. teringat kenangan2 lama yg manis yg sekarang aku dah tak kecapinya.. huhu.. Aku capai blackberryku.. Aku search nama dia di Facebook tanpa sebarang harapan. Bukan apa, aku tak berharap atau menjangka dia akan ada FB sbb sorry to say dia bukan pandai pun masa sekolah & expectation aku dia hanya akan bekerja dalam sektor yg tidak akan menggunakan komputer (buruh kasar ke etc..huhu). Yelah, SPM pun dia repeat 2 kali taw time tu & result dedua kali tu hampeh jer. But, aku tak sangka betul dia ada FB & keluar muka dia seketul.. Aku terfikir.. nak add ke tak.. then aku decide tak add. He's married & with 2 kids. What do I expect kan... cinta monyet zaman sekolah jer kan.

Tapi aku tak tau kenapa sampai skrg aku teringat pada si dia.. Walaupun hanya cinta monyet, I think he's the best man I've ever met. Maybe sbb tu 1st luv aku tp entah la... Mengingati dia kembali turut membuat aku teringat semula betapa minatnya aku tentang benda2 yg telah lama aku tinggalkan... Penulisan, art, sajak, puisi yang mmg aku minat dan si dia sedikit sebanyak memberi inspirasi padaku. Kini semua tu dah aku tinggalkan... malahan aku dah mula rasakan, aku dah tak ada bakat pun.. so sad bila membiarkan semua yg aku minat terkubur mcm tu jer.. Apa yg aku buat sekarang is not really my passion. Tp mungkin sekarang aku akan fikirkan sesuatu.. Bukan setakat minat2 yang telah aku tinggalkan tp juga dlm memilih "someone". in my life. I think I really have the idea now.

Hmm..entah apa la aku merepek malam ni..kalau korang baca..layan jer lah.. Kepada si dia My ex: Thanks kerana pernah muncul dalam hidupku walaupun pada tika itu kita tak pernah berjanji apa2 & walaupun kau hanya muncul sekadar seketika tp pengisianmu penuh bermakna. My life is more colorful because of you.



TAMAN ASTAKONA

Umpama mimpi ku kecap kenangan
Taman permainan masa kecil dulu
Sisip senyum mu
Kemanisan tanpa gula
Meninggalkan seribu keresahan

Kala gerimis menitis di hati
Kenangan lenyap tanpa sedar
Mungkinkah ada lagi
Saat saat indah itu
Agar dapat kita bersama lagi

Dalam kelam engkau datang
Memujuk hati yang sepi
Dalam terang engkau hilang entah ke mana
Andai kata hanya mimpi
Mengusik kenangan silam
Mengapa hangat tangan mu ku terasa

Namamu kuukir di pohon di tepi taman
Sebagai hiasan lambang cinta yang terlarang
Semoga kau terlihat tika melintasi taman
Sebagai tanda percintaan abadi
Ataupun pada malam
Namun nan cahaya purnama menyuluh
Ukiran yang memanggil sejuta seri
Yang menghias taman ini
Penuh dengan cahaya misteri
Kekosongan hingga ia
Kesepian

Harumnya mawar menyulam asmara
Harum cempaka kesayuan
Di taman astakona yang tiba-tiba menyepi
Mungkinkah akan begini selamanya



Saturday, August 14, 2010

Berkursus Sambil Bercuti di Mandarin Oriental Hotel, KL


Pada 2hb Ogos 2010 hingga 4hb Ogos 2010, aku telah menjalani kursus Anti Memperdagangkan Orang anjuran bersama Jabatan Peguam Negara, Malaysia & Jabatan Peguam Negara, Australia. Tetiap tahun memang aku berkesempatan & terpilih untuk mengikuti kursus2 nih sejak tahun lepas. Yang bestnya kursus2 kalau anjuran kerajaan luar nih mesti bertempat di 5 star hotel & penginapan disediakan di hotel tersebut. Dapat sorang satu single room lagik. So bolehlah tenang2kan fikiran sambil berkursus. Dan seperti biasa, aku akan berjalan2 ke tempat2 lain kalau pergi kursus ni. Tp utk kali ni aku uploadkan dulu gambar percutian aku di Mandarin Oriental Hotel (mcm laa bercuti sgt kan) :P





bilik aku di tingkat 12..


pemandangan dr bilik (ingat nak mandi..tp tak bawak bikini lak..haha)


permandangan atas..



Saturday, July 24, 2010

Tipikal "Makcik Joyah"




Salah ke orang yang bernama Joyah? Salah ke seorang yang diberi gelaran Makcik? Bukan salah ibu mengandung.... haih..apakah yang aku merepek nih..?? hehe... bukan apa... Kalau disebut nama "Makcik Joyah" apa perkara pertama yang terlintas di fikiran korang tentang karektor Makcik Joyah ni...?? Paling tidak pun, sure Makcik Joyah ni seorang yang kuat membebel kan..?? Aku ada beberapa orang disekeliling aku yang mcm Makcik Joyah. Sebabbb...??? Membebel satu hal... Ni di tambah pulak dgn mengumpat..Mengata...Menyibuk jaga tepi kain orang. So tipikal kan...huhu... di ofis, di rumah ada la 4,5 orang Makcik Joyah yg suka menyibuk hal aku. Yg kat ofis tak yah cakap la..of kos la org2 yg suka mengadu domba keburukan kita kepada boss. Kadang2 aku terpikir jugak.. best sgt ke aku ni sampai org suka sgt sibuk nak jaga tepi kain aku & repot dekat boss. Nape..?? takut sgt ke aku ni jadi org kesayangan boss..?? Aku tak heran ler suma tu... aku datang ofis tak de pasai nak pun nak bodek2 sesapa. Aku just nak buat kerja aku utk dapat gaji & bayar utang2 PTPTN, personal loan, loan kereta, kad kredit etc (banyak nye utang???). So, Makcik2 Joyah sekalian... tak payah lah yer susah2 payah nak buruk2 kan aku kat boss sbb aku sikit pun tak heran kalu boss tak suka aku. mcm aku suka boss kan???


Kalau geng2 Makcik Joyah kat rumah lak...lain tak der.. "ko ni bila nak kawin..umur dah lanjut..memilih sgt kot..???" Makcikkkk... kawin tu kalau boleh seumur hidup je sekali. kena lah jugak memilih kot..??? Kalau mcm pilih baju tu tak pe lah...kot tak muat, tak berkenan, tak cantik ko pandang kemudian2 hari.. Ko boleh campak buang je. Takpun ko boleh sedekah kan kat mangsa2 gempa bumi. Ni kalau ko main tangkap muat je laki... kot ko tak berkenan nanti.. camna..?? Cerai je ker..?? Bila jadi janda.. Mulut2 Makcik Joyah akan mula bercakap pasal benda janda nih plak.. haihhhh.... makcik2... hari ni kat jiran sebelah rumah aku, anak daranya dipinang orang. Makcik2 joyah pun dtg tadi depan rumah aku dok sembang konon2 nya laki yg meminang tu kayawan, hartawan, makan di pinggan minum di cawan... Orang gaji ada dua you... bawak keta besar you... bapak laki tu tender juta2 you... adoi... Makcik2 Joyah.... Perlukah???? Motif???? Like I care..???!!!






Friday, April 2, 2010

Al Fatihah "Din Beramboi"

Pemergiannya dirasai.. Tiada lagi kedengaran riuh rendah pagi di era, drama sebabak di era & kritikan bernas di Raja Lawak.. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.. Al Fatihah...Amin..