Showing posts with label sudut jiwang. Show all posts
Showing posts with label sudut jiwang. Show all posts

Friday, January 23, 2015

Crush Rock Kapak

Teringat nak tulis pasal ni sbb baru2 ni kita dikejutkan dgn penangkapan Zamani Slam sbb kes dadah. Terus teringat yg Zamani ni antara crush aku masa zaman sekolah aka zaman rock kapak dulu. Why? Sbb biasa lah vokalis mmg selalu org aim lebeh kan.. Haha.. Selain Zamani, Shah Slam pun aku taste. Sbb? Aku mmg suka laki pandai main gitar & rambut panjang time tu.. Haha.. Pelik punya taste. Biasa la anak2 muda baru nak up time tu. Kalau bdk zaman skang harus lah gila kan ala2 dak2 hip hop subang jaya mmg ada gaya mcm hari2 hari raya.. Kah3. 


Another crush retis aku time tu Ajin Blackrose. Ohemgee. Boleh bayang tak betapa hensem nye si Ajin time tu? Dah la suara bleh cair mek dengar. Pandai main segala instrumen lak tu.. Ishhh.. Sampai skang lah aku dok gilakan si Ajin tu. Sehari tak dengar lagu Blackrose tak sah. Karoks pun lagu wajib haruslah Cinta Abadi uols. Lagu penantian kenot go sbb tinggi.. Haha.. Ingat tak AJL thn 1991 (aku baru darjah berapa ntah) masa pengacara Azwan Ali ketika sel otak2 nya masih berhubung.. Seksa gila kot Ajin nyanyi time tu. Dia pun susah nak tarik tambah la aku rakyat marhaen ni kan? Haha.. Tp time tu Ajin.. Perghh.. Style abeh.. Keh3.. 


Selain tu, crush rock kapak aku yg lain Along Exist. Sbb pun lupa dah sbb apa.. Haha.. Tp exist ni aku suka sejak sekolah rendah la sbb zaman2 tu rasa sebaya ja ngan diaorg. 


Well, ekceli byk lagi tp ni yang PALING aku suka dulu, kini, selamanya.. Zaman Rock Kapak sentiasa indah dan mekar dlm ingatan hingga kini. Rasa bertuah sbb dpt lalui zaman tu dr lalui zaman hip hop budak subang jaya.. Haha.. Alah, korang yg muda2 ni pun kalau pi karoks, lagu rock kapak jugak kan. Semoga Zamani pulih dari najis dadah.. Harap dia kembali bersinar selepas pemulihan. Apa2 pun suara dia mmg lemak merdu wpun menyanyi dlm keadaan bergari tu. Sayu iols tengok taw.. Huhu.. Kami semua sayang anda.. Moga terus diberikan hidayah

Wednesday, July 11, 2012

Nak cakap rindu pun susah..!!

Susah lah nak cakap rindu kat dier. Kat fb dia ada, kat twitter stalker & best pren dia ada, kat instagram lak kwn opis ada. Ckp kat sini jer lah. RINDU kat awak tp tak de siapa yg tahu..!! Kahkahkah *nasib seorang syok sendirik*

Saturday, January 7, 2012

Kau & Aku

Aku suka kau. Kau suka aku juga kot? Tp dari tahun lepas aku tunggu kau. Kau tak cakap2 jugak pun. Kau nak tunggu aku cakap? Sapa pompuan ni Kau or aku?. Yer zaman skang zaman millenium. Dah tade dah perigi cari timba dah sbb masing2 kat rumah pakai paip jer. Tapi kalau kau malu abis kau expect aku tak tau malu ke? Kau lelaki, kena reject pun ada kau kisah tp aku ni. Kalau aku cakap then kena reject, tak aku terjun lombong?. Sudahlah kau.. Penat aku tunggu kau. Tak larat dah nak tunggu kau. Mcm2 hint aku dah bagi kau. Dah kau tak move forward so aku assume kau memang tak berminat pun dgn aku. Aku je yg perasan & syok sendiri. Ya salammm...

Sunday, November 21, 2010

Taman Astakona


Esok aku kerja tp aku still tak boleh lelapkan mata.. Malam masih muda barangkali walaupun aku jugak yang semakin tua. Terdetik untuk aku bangun dari baringan aku sbb malam ni aku rasa sangat emosi. Mungkin juga sbb aku period (oppss.. sorry) ye lah.. time2 gini hormon dalam badan berlebih2an. Pelbagai emosi boleh dizahirkan. Kalau rasa marah boleh akan jadi marah sesangat dan kalau sensitif jadi lah mcm aku malam nih. Melayan emosi sendiri ditemani lagu2 yang menyentuh hati (aku sendiri yang cari pasal).

Jumaat lalu tika aku sedang menunggu utk pick up kawan aku sbb kami nak pergi menonton Harry Potter, tiba2 Hot.fm memainkan lagi "Taman Astakona". Ok..sound sungguh rock kapak @ rock leleh tp tu lah lagu yg wujud dan hit zaman aku ketika remaja. Dan boleh dikatakan zaman aku mula menggedik mengenal cinta (bukan cinta chandury yer). Zaman tu juga novel2 remaja yg aku baca hanyalah tulisan Ahadiat Akashah. Lagenda Budak Setan tu kira zaman aku lah tu. Selepas terdengar lagu tu, aku mula teringat seseorang. Seseorang yang mula2 mengajar aku erti cinta & rindu (even hanyalah cinta monyet pada zaman tu).

Aku tersenyum tika tu.. teringat kenangan2 lama yg manis yg sekarang aku dah tak kecapinya.. huhu.. Aku capai blackberryku.. Aku search nama dia di Facebook tanpa sebarang harapan. Bukan apa, aku tak berharap atau menjangka dia akan ada FB sbb sorry to say dia bukan pandai pun masa sekolah & expectation aku dia hanya akan bekerja dalam sektor yg tidak akan menggunakan komputer (buruh kasar ke etc..huhu). Yelah, SPM pun dia repeat 2 kali taw time tu & result dedua kali tu hampeh jer. But, aku tak sangka betul dia ada FB & keluar muka dia seketul.. Aku terfikir.. nak add ke tak.. then aku decide tak add. He's married & with 2 kids. What do I expect kan... cinta monyet zaman sekolah jer kan.

Tapi aku tak tau kenapa sampai skrg aku teringat pada si dia.. Walaupun hanya cinta monyet, I think he's the best man I've ever met. Maybe sbb tu 1st luv aku tp entah la... Mengingati dia kembali turut membuat aku teringat semula betapa minatnya aku tentang benda2 yg telah lama aku tinggalkan... Penulisan, art, sajak, puisi yang mmg aku minat dan si dia sedikit sebanyak memberi inspirasi padaku. Kini semua tu dah aku tinggalkan... malahan aku dah mula rasakan, aku dah tak ada bakat pun.. so sad bila membiarkan semua yg aku minat terkubur mcm tu jer.. Apa yg aku buat sekarang is not really my passion. Tp mungkin sekarang aku akan fikirkan sesuatu.. Bukan setakat minat2 yang telah aku tinggalkan tp juga dlm memilih "someone". in my life. I think I really have the idea now.

Hmm..entah apa la aku merepek malam ni..kalau korang baca..layan jer lah.. Kepada si dia My ex: Thanks kerana pernah muncul dalam hidupku walaupun pada tika itu kita tak pernah berjanji apa2 & walaupun kau hanya muncul sekadar seketika tp pengisianmu penuh bermakna. My life is more colorful because of you.



TAMAN ASTAKONA

Umpama mimpi ku kecap kenangan
Taman permainan masa kecil dulu
Sisip senyum mu
Kemanisan tanpa gula
Meninggalkan seribu keresahan

Kala gerimis menitis di hati
Kenangan lenyap tanpa sedar
Mungkinkah ada lagi
Saat saat indah itu
Agar dapat kita bersama lagi

Dalam kelam engkau datang
Memujuk hati yang sepi
Dalam terang engkau hilang entah ke mana
Andai kata hanya mimpi
Mengusik kenangan silam
Mengapa hangat tangan mu ku terasa

Namamu kuukir di pohon di tepi taman
Sebagai hiasan lambang cinta yang terlarang
Semoga kau terlihat tika melintasi taman
Sebagai tanda percintaan abadi
Ataupun pada malam
Namun nan cahaya purnama menyuluh
Ukiran yang memanggil sejuta seri
Yang menghias taman ini
Penuh dengan cahaya misteri
Kekosongan hingga ia
Kesepian

Harumnya mawar menyulam asmara
Harum cempaka kesayuan
Di taman astakona yang tiba-tiba menyepi
Mungkinkah akan begini selamanya



Thursday, June 5, 2008

♥ Andai Kau Mengerti ♥



Tadi aku, maira & tachi bertingkap..sampai ke midnite gak lah persidangan anak2 dara nih berlansung..dah nama anak dara sunti kan..abis suma kisah2 cinta terkeluar..ahaks..dah lar time tu layan lagu2 zaman rock kapak yg mmg jadi tema percintaan monyet zaman dedulu..syahdu tol... terkuar lah kisah cinta bertepuk sebelah tangan aku ngan si dia..huhu..org pertama yg aku rasa aku suka,sayang..tp tak dpt..huhu..sadis..kisah aku ngan dia dulu masa sama2 study dulu..perlu ker aku describe mcm mana rope dia..ntah laa...bg aku yg dah jatuh cintan ngan dia mmg suma indah tade tolok bandingan..aku pon jahat..still leh ada ati kat dia padahal waktu tu aku dah ada bf..hehe..tp ati aku mmg lebih kat dia dr bf aku..eee...tak salah..tadi tunjuk gambo kat tachi & maira..tachi kata mcm fahrin ahmad..hahaha (sure tempe makan ati)

Al kisahhh..aku mmg suka ngan abg senior sowang nih..aku panggey "S" lah ekk.. (bukan nama sebenar..hahaha) dialah pembakar semangat aku utk pegi kuliah..wakakaka..kalu takk..aku tido jer kat hostel..tp mengenangkan ada harapan leh selisih2 ngan dia..maka aku tak lepaskan peluang2 keemasan iteww..setelah lama aku usha mengusha..akhirnya tanggal 14hb Februari 2001 aku pon decide utk sms dia kali pertama nyer..hihi..gatei sungguh..hmm..mcm mana aku dpt no dia..?? ekceli kawan laki aku nih bilik hostel sebelah bilik dia..then hostel kami berdepanan ngan hostel laki..so leh nampak laa kalu dia balik mkn ker hapa ker..best tol skodeng lelaki pojaan ati ku tu..ok balik to topik tu..aku amik no dia dr kwn laki aku tu..siap wat ugutan jenayah kat member aku tu jgn bocorkan resia aku amik no si S nih..then 14hb 2 tu aku anto sms kat dia..aku wish "HEPI VALENTINE DAY" (aku tawww..tak baikk sambut valentine..but ekceli bkn nak sambut hapa pon..tp just nak wat topik utk sms dia)hehe...then aku tunggu punya tunggu..punya tunggu...bulan tak muncul2...aku siap pi jamban berakk..semayang isyak suma stil tak dpt jawapan..aku hampir nak putus asa nih..tetiba msg aku berbunyik..troitttt... (masa tu pakai alcatel warna warni jer yg beso dabak tu..alahh..thn 2001..tepon pon ala2 baling anjing mati la kan) dia wish "HEPI V DAY TO U TOO...SAPE NIH"..hihihi..terasa best nya waktu tuh...

Aku tak kabo lah sapo aku...ala2 peminat misteri giteww...so mlm tu kami main2 sms..hmm ada respons..sbb aku nengok kwn2 dia suma kuar ngan aweks..maklum ler valentine kan..dia nyer keta ada kat parking..so dia tak kemana laa..sian dia..org ensem pon tade makwe..ada ka patut kawan2 aku kata dia gay tu..tu pasal lah tak der aweks (maira pon kabo gitu)..tp aku bangggkanggggg..sejak tu aku kalu ada masa jer aku sms dia & dia pon reply..

Satu hari ketika berada di cafetaria..aku dok sembang ngan member laki aku yg aku amik no hp S tu..pastu ngan selamba nyer member aku bitau..si S tanya aku nih kenal tak no sapo nih...then member aku ngan bangangnya leh bitau tu no aku..aduhhh...malussss..aku pon kabo lahh..weyyy ko kan dah janji..mana janji2 manismu itewww..?????kawan aku kata..dia nak nolong aku..mangkuk jamban punya budakkk..tp aku terpikir gakkss..kalu dah dia tau tu haku..n selama ini pon aku msg dia..dia still respon..tu baikkk nyer signal...So..bila dia dah tau keujudan aku..kali nih sms aku pon lebih daringgg lagik laa..kadang2 aku sms dia "AWAK NAMPAK COMEL PAKAI BAJU TU ARI NIH" hahaha..gatei kan aku??!! then respon pon tak menghampakan kira ok lahh kan..









bersambunggggggg.............(aku penat nak taip...sok sambung lain)