Showing posts with label artikel dan info. Show all posts
Showing posts with label artikel dan info. Show all posts

Sunday, October 12, 2008

Hibiscus Rosa Sinensis



Pencinta Bunga
--------------------

aku nih memang minat dgn bunga..adakah sbb aku jiwang?? tak lah..aku minat bunga bukan suka lelaki bagi bunga kat aku..tp aku memang minat & suka bunga..watever jenis bunga sekalipun..rasa tenang jer bila tengok keindahan bunga ciptaan tuhan nih..so..hari nih kita akan bercerita pasal salah satu jenis bunga di dunia nih..ekeke..

Aku & bunga raya
----------------------

haa..lama aku tak update blog nih kan..ada gak kawan aku yang call tanya nape lama tak update blog..latest post pun sekadar copy & paste dari JL jer..hehe...aku tak der jugak idea nak menulis sebenarnya..tiada cerita menarik tentang diriku..tak der info nak dikongsi bersama..and tiada idea nak merepek..then tadi aku duduk2 kat luar rumah aku..nengok2 keadaan sekeliling..pastu aku nampak..hmm..banyak nyer pokok bunga raya kat kawasan umah aku..mcm2 kaler ada taww..tetiba aku rasa..apa kata kali nih aku taip pasal cerita bunga raya..hahaha..infomatif sikit kan..bunga raya kan bunga kebangsaan malaysia..jadi kita patut hayati sikit keistimewaan bunga raya di bulan2 raya nih..ekeke..hmm..baru aku pasan kijer aku pun ada raya2 gak..hahaha (apa yang aku merepek nih..??!!) kalau kowang nak tahu..nama saintifik bunga raya ada lah satu2 nyer yang aku boleh hapal & 1st saintifik name (utk bunga) yang aku belajar..hehe..masa aku form 1 dulu.. kita ada belajar sabjek sains pasal bunga2 nih ahh..then cikgu sains aku masa tu hensem..bujang lagi..nama cikgu Fauzi tak silap..time tu cikgu aku ada wat contest ala2 pertandingan cari harta karun la lebih kurang..tp dia suh cari nama saintifik bunga2 yg ada di sekeliling sekolah..means..cari bunga tu then cari nama saintifik dia..bg kat dia..then aku ler org pertama yang pegi kutip bunga raya & cari nama saintifik dia kat library..so dpt ler markah utk grup aku..hmm..so nama saintifik utk bunga raya adalah.. hibiscus rosa sinensis


Tahukah kowang..??
-------------------------

Bunga raya nih adalah sejenis bunga yang tumbuh sepanjang masa..so tak der lah dia bermusim2 mcm buah doyan.. mengikut kajian aku (cewahhh...mcm lar aku wat kajian pon..hahaha) selepas negara kita merdeka (hmm..patut topik nih aku wat masa merdeka dulu kan) pada akhir pada tahun Kementerian Pertanian telah mencadangkan tujuh jenis untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu, iaitu Bunga Kenanga, Bunga Raya, Bunga Melur, Bunga Teratai, Bunga Mawar, Bunga Cempaka dan Bunga Tanjung. Selepas perbincangan pada 28 Julai 1960, Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Bunga Raya adalah pokok renek asal di barat Asia, juga dikenali denga nama bunga sepatu. Ia ditanam secara meluas sebagai hiasan di seluruh kawasan tropika dan separa tropika. Bunganya besar, merah, keras, tetapi tidak berbau.

Galeri - jenis2 bunga raya
---------------------------------

ni antara jenis2 bunga raya (sesetengah nyer aku capture sendirik tu..yg tak cantik2 tu aku ler snap..ekeke)Image Hosted by ImageShack.us

sumber : wikipedia

Monday, August 25, 2008

Selamat Mengundi Warga Permatang Pauh



Esok..(26/08/2008) pilihanraya kecil Permatang Pauh akan berjalan..ramai juga kawan2 aku yg memang mengundi di permatang pauh nih..di kesempatan ini aku hanya nak ucapkan selamat mengundi kepada semua warga permatang pauh..undilah dengan bijak..segala keputusan di tangan anda..pilihlah wakil yang kowang rasa mampu utk membela & menjaga kebajikan kowang semua...tepuk dada tanya lah selera yer..hehe..aku balik mengundi kawasan sanglang nanti..soon..akan ada juga pilihanraya kecil kat sini..hehe


gambar sekitar permatang pauh - sumber internet

good luck pada calon2 yang bertanding..diharap..sesape pon yg menang lah kan akan membawa kemajuan kawasan tersebut..best nyer kalau aku dok penang lagi..leh cuti esok..wakakaka



Friday, July 18, 2008

Sekadar Renungan : JoDoH..

Dapat Dari email...utk dikongsi bersama..renung2 kan & selamat beramal..ekeke

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Renungkanlah Sedalam-dalamnya..
Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan.
Hanya belum sampai masanya.
Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang.
Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita.
Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya
singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat.
Dan usia 35tahun belum apa² kalau sepanjang usia itu
telah digunakan untuk membina kecemerlangan.
Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu
dalam doa² lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik,
sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat.
Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan
biar seorang diri drpd menjadi
mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini.
Kita selalusangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini.
Hakikatnya, apabila kitabenar² mendapat apa yang kita inginkan itu,
ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan
terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu.
Hakikatnya apabila kita sendiri telah
memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah.
Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah
(walaupun sebenarnya tak mewah)
terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi
jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa,
dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal
mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan.
Anda pun mengeluh,alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh² bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan
itu benar² membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama.
Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan.
Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,
sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di
samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja
melangkahkan kaki ke alam berumahtangga.
Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan
hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut
banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya,
anda membina dosa
seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing²
padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji,
memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban
apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan diri belum cukup ilmu
untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu.
Jika rasa² belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah

anak², carilah dulu kesabaran itu.
Jangan berkahwin dahulu sebab
kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk
melangkah tetapi telah melompat,
akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut
tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat
bagi yang benar² mengerti tuntutan2nya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus²
bagi yang menjadikannya
gelanggang untuk mengukuhkan iman,
mencintai Tuhan dan menjadikan
syurga sebagai matlamat.
Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan
insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia²nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin keranaperasaan dan mengikut kebiasaan.
Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba
masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka
lorong²nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "
Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang² Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa²nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."


"Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas
kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang
lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada..."



Thursday, July 3, 2008

Rahsia Tahi Lalat.....!!

jommmm..cuba kaji2..tahi lalat kowang kat mana..??? bagaimana kowang nih sebenarnya..??adakah fakta atau auta info nih..??? hehe

Bagian Badan

Firasat

bibir atas kanan

banyak rezeki, pandai

bibir atas kiri

ramai kawan, baik hati

bibir bawah kanan

disegani orang, ramai yg suka

bibir bawah kiri

pandai bicara, tak mudah kalah

leher kanan

cerdas, jujur, berani menderita

leher kiri

cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan

leher di tengah

tercapai cita-cita

biji mata kanan

suka serong dan pembohong

biji mata kiri

pembohong tetapi baik hati

hujung mata kanan

baik hati, sopan santun, cerdas

hujung mata kiri

baik budi, murah rezeki

punggung kanan

agak mengalami kesulitan

punggung kiri

malas dan suka duduk

betis kanan

suka berhibur, boros

betis kiri

rajin,tidak suka menganggur

lutut kanan

bersikap tidak peduli dan tak mahu berusaha

lutt kiri

kurang kuat berusaha

kepala sebelah kanan

terkabul cita-cita

kepala sebelah kiri

sering menemui kesusahan

kepala sebelah belakang

jujur, sabar dan tekun

kening kanan

cerdas dan cekap

kening kiri

cerdas, sopan santun

tengah kening

keras hati, berani segala hal

hujung mulut kanan

kecil rezeki, tak mudah kalah

hujung mulut kiri

suka berpoya-poya

ketiak kanan

dapat menyimpan rahsia

ketiak kiri

jujur, banyak yang cinta

pergelangan kaki kanan

suka berpergian (keluar rumah)

pergelangan kaki kiri

kehendak kuat

batang hidung

banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya

pada hidung

banyak rezeki

dagu bawah kanan

jujur dan baik hati

dagu bawah kiri

bijak sana dan berbudi luhur

kemaluan kanan atau kiri

baik, suka senggama

di kepala kemaluan (lelaki)

bakal beristeri 2

tumit kanan

jujur dan banyak kawan

tumit kiri

baik budi

alis kanan

suka menolong, baik hati

alis kiri

ramai yang suka

pangkal peha kanan

kemahuan kuat

pangkal peha kiri

suka kerja apa pun

telapak kaki kanan

tak mudah mengeluh

jari kaki kanan

suka menolong

jari kaki kiri

berbudi, suka berbuat baik

bahu kanan

cermat dlm membuat keputusan, banyak tanggungan

bahu kiri

suka kerja keras, banyak tanggungjawab

buah dada kanan

baik hati, pendiam,simpan rahsia

buah dada kiri

ramai kawan, setia pada pasangan

lengan kanan

setia dan taat pada atasan

lengan kiri

menepati janji dan rajin

pipi kanan

ramai teman

tengah-tengah pipi kanan

ramai yg suka

tengah-tengah pipi kiri

ramai teman

ubun-ubun

kurang jujur

pusat

cerdas, tangkas, tekun

pusat bahagian kanan

sejahtera dalam hidup

pusat bahagian kiri

beroleh kemliaan

pinggang kanan

sayang pada pasangan hidup

pinggang kiri

disayang pasangan hidup

dada kanan

dapat mengatasi masalah

dada kiri

berani, jujur dan sabar

telapak kaki kanan

tidak mudah mengeluh

telapak kaki kiri

baik budi pekertinya

siku tangan kanan

kuat ingin memiliki kekayaan

siku tangan kiri

baik hati, suka menolong

jari tangan kanan

serba beroleh keuntungan

jari tangan kiri

serba baik bekerja

jari telapak tangan kanan

banyak rezeki tapi boros

jari telapak tangan kiri

banyak rezeki dan cermat

perut bawah kanan

banyak rezeki, suka memberi maaf

perut bawah kiri

baik hati, tenang hidupnya

sudut mata kanan dalam

disayang suami atau isteri

sudut mata kiri dalam

tidak mudah dilupakan pasangan

sudut mata kanan luar

baik budi, ramai yg cinta

pelipis kiri

murah rezeki, dpt jadi kaya

pelipis kanan

serba berhasil dalam usaha

kelopak mata kanan atas

baik hati, ramah, berjaya

kelopak mata kiri atas

baik budi, ramai yg suka

kelopak mata kanan bawah

agak malas

kelopak mata kiri bawah

agak bodoh, kurang bijaksana

Tuesday, June 3, 2008

Anda Bulan Berapa?

Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1

Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2

Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3

Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4

Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5

Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6

Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7

Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8

Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9

--------------------------------------------------------------------------------

no.1
----
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian andaAnda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8

no.2
----
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em...bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

no.3
----
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

no.4
----
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni.
Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

no.5
----
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan.
Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan.
Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

no.6
----
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

no.7
----
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2..

no.8
----
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

no.9
----
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental.
Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6