Sunday, November 21, 2010

Taman Astakona


Esok aku kerja tp aku still tak boleh lelapkan mata.. Malam masih muda barangkali walaupun aku jugak yang semakin tua. Terdetik untuk aku bangun dari baringan aku sbb malam ni aku rasa sangat emosi. Mungkin juga sbb aku period (oppss.. sorry) ye lah.. time2 gini hormon dalam badan berlebih2an. Pelbagai emosi boleh dizahirkan. Kalau rasa marah boleh akan jadi marah sesangat dan kalau sensitif jadi lah mcm aku malam nih. Melayan emosi sendiri ditemani lagu2 yang menyentuh hati (aku sendiri yang cari pasal).

Jumaat lalu tika aku sedang menunggu utk pick up kawan aku sbb kami nak pergi menonton Harry Potter, tiba2 Hot.fm memainkan lagi "Taman Astakona". Ok..sound sungguh rock kapak @ rock leleh tp tu lah lagu yg wujud dan hit zaman aku ketika remaja. Dan boleh dikatakan zaman aku mula menggedik mengenal cinta (bukan cinta chandury yer). Zaman tu juga novel2 remaja yg aku baca hanyalah tulisan Ahadiat Akashah. Lagenda Budak Setan tu kira zaman aku lah tu. Selepas terdengar lagu tu, aku mula teringat seseorang. Seseorang yang mula2 mengajar aku erti cinta & rindu (even hanyalah cinta monyet pada zaman tu).

Aku tersenyum tika tu.. teringat kenangan2 lama yg manis yg sekarang aku dah tak kecapinya.. huhu.. Aku capai blackberryku.. Aku search nama dia di Facebook tanpa sebarang harapan. Bukan apa, aku tak berharap atau menjangka dia akan ada FB sbb sorry to say dia bukan pandai pun masa sekolah & expectation aku dia hanya akan bekerja dalam sektor yg tidak akan menggunakan komputer (buruh kasar ke etc..huhu). Yelah, SPM pun dia repeat 2 kali taw time tu & result dedua kali tu hampeh jer. But, aku tak sangka betul dia ada FB & keluar muka dia seketul.. Aku terfikir.. nak add ke tak.. then aku decide tak add. He's married & with 2 kids. What do I expect kan... cinta monyet zaman sekolah jer kan.

Tapi aku tak tau kenapa sampai skrg aku teringat pada si dia.. Walaupun hanya cinta monyet, I think he's the best man I've ever met. Maybe sbb tu 1st luv aku tp entah la... Mengingati dia kembali turut membuat aku teringat semula betapa minatnya aku tentang benda2 yg telah lama aku tinggalkan... Penulisan, art, sajak, puisi yang mmg aku minat dan si dia sedikit sebanyak memberi inspirasi padaku. Kini semua tu dah aku tinggalkan... malahan aku dah mula rasakan, aku dah tak ada bakat pun.. so sad bila membiarkan semua yg aku minat terkubur mcm tu jer.. Apa yg aku buat sekarang is not really my passion. Tp mungkin sekarang aku akan fikirkan sesuatu.. Bukan setakat minat2 yang telah aku tinggalkan tp juga dlm memilih "someone". in my life. I think I really have the idea now.

Hmm..entah apa la aku merepek malam ni..kalau korang baca..layan jer lah.. Kepada si dia My ex: Thanks kerana pernah muncul dalam hidupku walaupun pada tika itu kita tak pernah berjanji apa2 & walaupun kau hanya muncul sekadar seketika tp pengisianmu penuh bermakna. My life is more colorful because of you.



TAMAN ASTAKONA

Umpama mimpi ku kecap kenangan
Taman permainan masa kecil dulu
Sisip senyum mu
Kemanisan tanpa gula
Meninggalkan seribu keresahan

Kala gerimis menitis di hati
Kenangan lenyap tanpa sedar
Mungkinkah ada lagi
Saat saat indah itu
Agar dapat kita bersama lagi

Dalam kelam engkau datang
Memujuk hati yang sepi
Dalam terang engkau hilang entah ke mana
Andai kata hanya mimpi
Mengusik kenangan silam
Mengapa hangat tangan mu ku terasa

Namamu kuukir di pohon di tepi taman
Sebagai hiasan lambang cinta yang terlarang
Semoga kau terlihat tika melintasi taman
Sebagai tanda percintaan abadi
Ataupun pada malam
Namun nan cahaya purnama menyuluh
Ukiran yang memanggil sejuta seri
Yang menghias taman ini
Penuh dengan cahaya misteri
Kekosongan hingga ia
Kesepian

Harumnya mawar menyulam asmara
Harum cempaka kesayuan
Di taman astakona yang tiba-tiba menyepi
Mungkinkah akan begini selamanya



No comments: