Saturday, June 18, 2011

Kasih Yang Suci v Nora Elena



Salam..!! huhh.. masuk nak kemas sawang2 jer hari ni.. dah berbulan2 (mcm biasa) tak masuk.. hari ni terlintas jugak lah nak masuk update (walaupun bukan ada org baca pun kan) haha.. Saja lah nak tunjuk updated mak jemah oiii... dok sibuk ngan facebook & twitter jer.. nak la pulak update blog yg tak seberapa nih.. hmm apa nak citer.. mcm biasa nak citer pasal citer2kat tv jer lah. Sbb yang tu yg terpikir pun skang & yg tu lah paling senang nak update pun.. hehehe.. Okeh.. aku nak citer pasal demam nih.. Bukan demam denggi or demam kepialu.. tp demam Nora Elena ;)

Drama yang ditayangkan di TV3 tetiap Isnin-Khamis jam 7-8. Drama yg membuatkan aku rasa sembahyang maghrib ramai yang terlajak ke pukul 8.?? (ye ke..?? aku agak je.. tak tuduh..ekeke..ke korang sembahyang masa time iklan..??iklan tv3 ni lama.. mmg sempat sembahyang maghrib pun..hehe-no komen). Malas nak cite bab2 sinopsis or pelakon2 citer ni lah sbb umum dah tau.. cite ni jugak adaptasi dari Novel karya Meen Zulaikha iaitu Kasih yang suci.


Ok.. jujurnya aku just tertengok drama nih 2 minggu sblm episod akhir. Sblm ni tak sempat la tengok.. tp bila pegi ofis & buka facebook or twitter semuanya update & borak pasal citer ni.. of kos la aku pun ingin mencuba tengok.. hehe.. tambahan pula aku mmg ada novel ni kan, so nak tau la apa hebatnya & ada beza tak ngan novel. Mestilah ada beza kan especially part intim Seth Tan & Nora Elena, takkan la nak tunjuk kat tv..haha.. dalam novel mmg la describe abis. Just apa yg aku rasa mengecewakan ialah ending dia... terlalu rushing bagi aku. Fine, aku pun tak suka citer panjang berjela2 melalut mcm sinetron or telenovela tu, but ending dia tu supposedly boleh dibuat dlm 2 episod akhir dari dipack kan dlm 1 episod. Sekaligus mmg tak sama or quite different ngan ending dlm novel. Pada aku, penulis novel dah create or tulis ending dgn baik dah & ada mesej yg dia nak sampaikan but drama mcm kureng sikit laa. Dalam novel Seth berjaya sampai ke hospital sblm Nora masuk labor room. Seth mintak nak masuk ikut sekali, tp Nora tak bagi. Sampai sejam Nora tak keluar2 dari labor room. Doktor keluar dari labor room, Seth tanya doktor.. kenapa lambat sgt..?? Doktor tu kata.. biasalah.. first time beranak mmg mcm tu.. Doktor kata elok Seth masuk sbb Nora perlukan sokongan. Seth masuk.. lihat kesengsaraan Nora.. Nora pegang tangan Seth & mintak maaf terhadap silap dia. Seth pun maafkan.. then Nora pun selamat lahirkan anak. See.. walaupun hanya sikit je perbezaan.. tp nampak tak apa motif or mesej yg cuba ditampilkan oleh penulis.. "Jgn derhaka kat husband yer..susah nak beranak kang" kikikiki. Kemudian part anak Seth & Nora kena culik tu, patut nya kejadian tu jadi masa majlis cukur jambul.. bkn nya kat hospital.. Ish.. negligent sgt tu klinik swasta yg mahal dibayar kalu sesenang boleh kidnap baby..hehe.. hmm.. part2 lain yg tak penulis skrip tak buat research bg aku byk la jugak.. tp malas la nak komen (part investigate polis-org kena tuduh letak sekali ngan mangsa, org kena tangkap tak kena reman terus keluar bla..bla..bla.. sikit2 je here there.. mcm biasa la). Tp apa yg penting kita enjoy & tersenyum lihat citer ni. Peringatan utk gadis2 & juga aku sendiri.. Tiada lelaki seperfect Seth Tan dalam dunia ni aku rasa.. hahaha.. so jgn terus dibuai angan2 hidup anda akan seindah Nora Elena :P Tp hidup Nora Elena pun sblm nak capai happy ending ni, trauma jugak mak jemah oi.. Itu lah hikmahnya... (berfikiran positi) :)




No comments: