Tuesday, April 1, 2014

Perhentian Island Part 1 : Long Beach

Sebenarnya nak cerita pengalaman berjalan ke tempat lain dulu tp semangat nak tulis pasal Perhentian sebab baru balik dari sana. Rentung sudah okeh.. tp puas hati. Ni masuk kali ke2 aku pegi perhentian tahun ni. Last visit bulan jun ari tu. I can live there like forever.. hikhik.. Nak bercerita pasal Perhentian ni iols decided to make 2 post about it. Post pertama pasal Long Beach dan aktiviti sekitarnya, bertolak pergi, penginapan, makanan etc & second post about tempat-tempat menarik sekitar Perhentian Island ni. Okay, trip aku ni ber3 je as usual (geng kaki pulau). Buat keja giler bertolak pukul 9 malam dari PERLIS terjah ke TERENGGANU di malam jumaat melalui jalan yg tidak berhighway. Selalunya sblm ni aku kalau ke Terengganu akan melalui jalan Baling-Sik-Gerik tp sbb selalu sgt tersesat jalan tiap kali pegi & balik, so mlm tu kami decide ikut highway je, keluar Kuala Kangsar-Gerik then ikut je terus ke Jeli, Kota Bharu. Tp nak ke jeti Pulau Perhentian ni tak payah masuk sampai Kota Bharu pun sbb jeti nye kat Kuala Besut. Ni barang yg wajib packing ke pulau yer.. 




Kami sampai kat Jeti Kuala Besut pukul 5 pagi. Sampai2 situ dah ada org2 situ bangun (atau belum tido) dok promot boat ke Perhentian pagi tu. Boat pukul 7 pg tp kami reject & check in kat hotel bajet area jeti dulu. Bukan apa, kalau dgn tak cukup rehat ni nak terjah terus ke pulau, tak cukup rehat kot. Kang mamai & letih ja kat pulau nak wat apa. Lagipun bilik belum cari kat sana, then kalau pergi awai pon bukan leh tido & rehat kat sana sbb kat Perhentian ni letrik di off dari pukul 10 pagi hingga 6 petang. Pandai2 lah bawak diri time tu yer. Tp bersusah payah pi pulau takkan nak dok dlm bilik je kan?? Ok, back to check in kat Hotel bajet kat Jeti Kuala Besut, lepas check in semua pengsan & bangun dlm pukul 10 pagi Siap2 dlm pukul 11 kami pon check out. Lepas tu pegi cari bilik kat perhentian. Boleh cari bilik atau pakej sekitar Jeti Kuala Besut ni. Masa bulan jun hari tu kami amik pakej (sekali ngan snorkeling & mkn malam). Kali ni amik bilik je sbb tak rasa nak snorkeling. Kalau nak pun bleh amik pakej2 snorkeling yg ditawarkan di perhentian tu. So kami pilih tempat stay yang sama dgn last visit iaitu Panorama. Nak duduk kat Bubu Resort tapi penuh lak. Oh ya, rate harga pada waktu ni lebih murah dari last visit kami bulan jun tu. Yelah skrg ni low season & masa bulan Jun tu peak season. Harga semua chalet & resort mmg berbeza2 ikut season. Time kami pegi ni kira last week jugak sblm pulau ditutup mulai mid Oktober sehingga thn depan. Semua pulau cam tu lah kecuali Langkawi yg never closed. So amik bilik utk 3 orang (ada 2 queen size katil) dgn air-cond dgn harga RM180 per nite. Nak murah lagi, amik ler bilik tade air-cond.. kekeke.. Boat pulak RM60 sorang utk pegi & balik. Beli sekali je kat Sunny Travel tu. Bayar bilik, boat sekali. Tp kalau travel agensi ni mahai skit la sbb dia pon amik komisen kan. Kalau nak murah terus, pegi je naik boat sendiri (cari area tu mostly harga sama) then sampai kat pulau cariklah bilik hotel sendiri (walk in je) tp kami maleh la nak gamble kan.

Boat kami pukul 12.30. Jadi naik lah speed boat pukul 12.30 tu. Perjalanan dari Jeti ke tempat penginapan kami di Long Beach tak lah lama. Tp sampai dlm pukul 2.00 sbb boat nya bertolak tak punctual lah kan. Pastu berhenti hantar sana sini plak. Sbb bukan dekat Long Beach je org stay, ada kat perkampungan nelayan, ada kat area PIR etc. Oh.. my advise, kalau korang nak cari tempat stay jgn lah terpedaya ngan agent yg rekomen tempat lain selain Long Beach sbb adik aku dah kena diarg bg tempat perkampungan nelayan yg takde nampak mcm pusat pelancongan pon.. haha.. Ok sampai je kat long beach, speed boat yg bawak kami tu tak kan bawak sampai ke pesisir pantai. Akan ada 1 lagi boat kecik yg akan amik korang dr boat besar tu. Mcm gambar ni haa..


Mcm yg bgtau td, kami stay kat panorama. Masuk2 bilik letak barang2 terus siap2 keluar. Pemandangan dalam bilik lupa nak capture tp pemandangan luar bilik ada aku amik. Oh ya, kalau uols jenis pentingkan keselesaan & kemewahan aku tak sajes korang amik panorama ni sbb dia more to backpackers lah. Dok lah Bubu, PIR or resort2 yg sewaktu dgnnya. 



Ekceli 1st day kami tak lepak long beach dpn chalet tempat kami stay ni tp kami round2 sekitar perhentian ni. Tp utk post ni aku akan ceritakan pasai aktiviti di long beach yg kami buat pada hari ke-2 (esoknya). Kami mula berlepak & bersantai di long beach lps lunch. Pagi tu tido je keje sampai terlepas sunrise.. Haha.. Kami sewa payung kat long beach. Yg sewa payung dok bersantai ni selalu mat & minah salleh je. Yelah diaorg berjemur kanzz. Sewa payung situ 10 hengget je dr pagi smpi ke ptg lah kiranya. Uols juz pegi kat payun yg dibukak tu, then amik tikar kat situ & hampar je. Kang owner dia dtg la kutip 10 hengget. Aku mintak diskaun tp dia kata "kena adil.. Org putih ke org melayu ke kita kena sama je meniaga" amik kaww.. Lolz.. Oh kalau dah sewa payung & dok bersantai tu takkan tak bawak pape kan. Bawaklah novel ke, makan minum ke.. Mcm berkelah gitu. Terlupa bawak novel or buku?? Dun wori kat sini ada sewa buku. RM10 satu buku.. Mmg mahal.. Hehe.. 




Sambil2 santai lepak bwh payung ditemani bunyi ombak dan air yg mmg crystal clear ni, leh jugak lah pi mandi manda sepanjang long beach yg mmg long tu. Cari spot korang sendiri yg mana korang suka. Nak mandi bwh jambatan, tepi batu, tgh laut ikut suka lah. Airnya..?? SubhanAllah mmg cantik, jernih, biru, hijau yg boleh korang lihat coral2 & ikan2 berenang dikeliling korang je. Kami memula mandi kat tgh2, then berjalan ke hujung bwh jambatan (depan bubu resort) sbb situ byk ikan. Gamat pin ada uols. Aku siap bawak biskut 2 paket nak feed ikan2 tu.. Hehe.. Syiokk.. 




Lepas seharian bermain air, kami naik balik ke bilik utk solat, mandi & tukar baju utk pegi mencari sunset & dinner. Nak cari sunset ni kena depan Shari-la & Senja Resort yg mana di belakang panorama ni. Kena redah hutan, jungle trek sikit lah. Tak lama dlm 10-15min gitu.  Lps redah hutan tu, sekali nya sunset tak ada ptg tu. 2x ptg pegi mmg tade sunset.. Huhu.. Then dinner kat Ombak yg area sunset ni. Sebut pasal makanan kan, stendet lah makanan kat sini semua mahal gila. Coke pon 3-4 hengget. Biskut tiger pon 3-4 hengget. Milo ais lak 10 hengget. Burger biasa 11-12 hengget okeh. Bertabahlah.. Makanan tak sedap mana.. Huhu.. Ok malas nak komen part tak best ni byk2. Jd lepas dinner tu kami pun jungle trek sekali lagi utk balik ke long beach & panorama. Scary okeh sbb jln hutan yg tak berlampu. Tp rupa2 nya ada je org pi mai pi mai meredah hutan tu. Yelah byk nak pegi sebelah long beach tu sbb situ malam2 happening sikit. Apa yg happening..?? Haaa..

Selain ada live band dkt dgn panorama tu, ada satu bar area tu nama nya Black Tip Bar yg mmg happening. Music dia yg outloud mmg ramai ler omputih lepak situ. Situ jd tumpuan sbb selain omputih leh "minum2", hisap shisha start kul 9.30 malam ada pertunjukkan api. Omputih2 dok wat show main api, telan api mcm tu lah sambil menari diiringi muzik. Owner Black Tip ni org Canada katanya. So mmg waitress pon omputih lah gitu. Kami    lepak kat Black Tip ni. Tp jgn salah paham, dia bukan nye bar mcm2 disco2 & club2 tu. Dia open air je.. Ada meja & dok bersila kat atas pasir pantai beralaskan tikar. Masa pelayan omputih nak amik order pun dia sgt berbudi bahasa & tanya "can i get u something, coke perhaps..??" So idak le dia nampak sah2 ko Islam nak minum arak kan.. Hehe.. Coke dia pun dia serve dlm tin & cup pakai buang. So yakin ler kan. Alah bukan apa nak tengok show api tu je.. Omputih nak minum or isap shisha tu lantak diaorg lah kan. So show api tu kalau korang tak lepak kat Black Tip pun boleh sbb open air kan. Duduk je lah tepi2 mana2 pon tp kalu duduk kat Black Tip ni view tip top lah kan. Bayo rega 3 coke ngan harga 12 hengget, hg dok lah situ sampai abis show api tu. Lps abis show dlm kul 11.30 tu para pemain2 api tu akan kutip lah tip kat penonton sama ada yg dok minum kat Black Tip tu atau yg menonton di sekitar tu. Ikut suka lah kan nak bg brapa or tanak bagi. Ekceli kan pemain2 api tu good2 looking gak tau.. Hehe.. Dan veri2 peramah.. Ni lah diaorg yg perform tu 


So setakat ni lah dulu cite mengenai stay iols & aktvt kat long beach ni. Esok or nanti part 2 kita menjelajah ke tempat2 menarik sekitar Pehentian & juga aktvt2 snorkeling kat area2 situ. Kalau nak tgok view indah2 di perhentian, sila lah follow instagram beta yer ena_fosetta ok.. Ciao..!! :)

Saturday, January 25, 2014

New Chapter. New Phase

Tergendala lagi blog, bz lagi puncanya. Rasa mcm dah tak dpt have fun dlm life je dek workaholic nye diriku. Every weekend bwk balik keja & start year 2014 ni mcm cuti sehari je. Sbb on friday aku akan lepak kat opis mengabiskan keje2 tergendala. Btw, aku keja from sunday-thursday & cuti on friday & sabtu. Nak cite pasai sambungan vacation lepas  part 2 kat perhentian pun belom sempat. Haihh.. What a boring life. Aku sampai dah lupa apa yg aku love to do. Dulu time ada masa aku akan spend masa aku dgn menulis. Yupp. I love to write. Anything.. Pernah tulis novel, poem, lirik lagu etc. Aku mmg berjiwa seni. Rasa menyesal sbb tak ikut naluri & kehendak sendiri dulu dalam nak menentukan kerjaya yang aku akan lalui. Biasalah org tua2 kita ni.. Dpt law course & penulisan script course, of kos ur parents push uols to choose law rite..? Terpaksalah ikut. Skrg rasa la.. Hmmm.. Oh btw, Happy New Year 2014. Opening new year ni sedih sikit sbb boss kesayangan dah transfer ke lain. Keja yg dah cukup stress, dpt plak boss baru yg cekang & dingin, mmg menambahkan kestressan. Penat nak cite pasai boss ni, tp apa aku leh simpulkan aku byk tersentap hati dgn boss baru ni. Ya, mmg aku yg berjiwa lembut, sensitif, tak kental tp aku nak buat camne.. Mcm aku katakan kat atas tadi, aku ni org nya berjiwa seni.. Berjiwa seni ni haruslah halus kan.. Ekekeke.. Takpa lah take it as positive way. Ni lah caranya utk aku kebalkan diri tanpa amik ilmu hitam utk jadi kebal. Boss mcm2 jenia.. They come & goes so do you. Maybe aku sendiri pun tak lama kat sini. Wat derk je lah.. Kalau tak tahan, balik umah nanti nanges puas2 yer.. Ok lah, nak sambung baca The Wedding Breaker sementara tunggu subuh. Sbb kalu tido ni kang tak bangun lak.. I'm in loveeeee with Tengku Adam Kamil.  Keith Foo sgt ensem & sesuai sgt dgn watak Dato Wira Tengku Adam Kamil Tan Sri Tengku Mukhriz. Amik kau nama.. Jenuh nak tulis kalu nak isi borang nih

Wednesday, October 9, 2013

Jangan Salahkan Orang Lain..!!

Hi peeps. Sepatutnya hari ni aku hapdet pasai Perhentian Part 2 tp seem something emotionally hapen to me that I cant stand, terpaksa gak menaip di sini. Anggap je selingan.. Huhu.. Cerita kat kwn2 pon kenkadang ada yg tak paham so better cite sorang2 & cite dgn Allah. Aku agak bengang ngan orang yg suka salahkan org atas whatever tindakan or kerja yg dia lakukan. Well, ko buat kerja ko then ko tak tahu & not goes very well, so patut ke ko salahkan pembantu ko dgn kata ko tak dpt bantuan org dgn baik?? Sepatutnya itu kerja ko kan? Do it well & if perlukan bantuan ko kena lah cakap..!! Kemon kita ni manusia yg kadang2 takkan nak offer diri or tanya every saat sama ada ko perlukan bantuan or tidak. Ko yg perlukan, so ko lah yg perlu cari. Pastu bila semua tak kena ko salahkan org lain. Bengang plak kitew taw..!! Kan dah spoil holiday mood teman..!! Pastu kdg2 manusia ni tak paham konsep "ignorance is bliss". Sometimes ko kena lah tapis yg mana perlu ko sampai kan kat org yg mana ko perlu simpan utk diri ko je. Contohnya boss kutuk kwn ko, dia kata "minah tu bkn boleh harap sgt". Perlu ke ko inform kwn ko yg nama minah tu apa yg boss ko ckp. Tak pikir ke what she feel? Dah sah la nak pi serang tak bleh sbb boss kan. Kalau makcik joyah sebelah rumah boleh lah ko nak senteng lengan baju pi ganyang beliau. Ish tak paham lag peel manusia nih..??!! Hmm.. Nama pon manusia kan.. Rambut skang pon bkn sama warna dah tambah lah hati memasing. Ok lah takat ni dulu nak lepas marah. Kang later2 kalau sakit hati & amarah ku berkurangan ku hapdet pasai Perhentian Part 2. Bye..!! Ciao..!!

Perhentian Island Part 2: Jelajah

Sambungan.. Ni antara sebahagian tempat2 yg boleh dilawati (selain mandi manda di long beach lah kan). Aku kabo sebahagian sbb ni je antara tempat di sana yg aku pegi. Ada lagi tempat2 menarik lain kat perhentian yg belum diterokai.

Windmill Perhentian
Boleh naik menggunakan taxi water. Taxi water bleh diperolehi dgn mudah di pesisiran long beach. Bila sampai dkt windmill ni nak naik ke jeti dia agak sukar sikit sbb dah agak roboh. Then boleh panjat sampai ke atas & view mmg mabeles. 




Romantic Beach
Dah nama Romantic Beach.. haruslah romantic.. tp tak best iols pegi dgn adik adik jer.. haha.. kalau tak boleh wat cite hindustan. Air tak payah review, of course cantik giler.. lepas tu kat sini pokok2 dia suma bergantungan coral-coral yang indah.. Ni antara pic-pic di Romantic Beach. Nak lebih gambar yg indah.. sila ke instagram ku ena_fosetta (sempat promote) haha






 PIR Beach
Aku pun dah lupa nama beach nih. Tapi aku kata PIR beach sbb ada resort Perhentian Island Resort kat sini.. haha.. as usual air tak payah review, tip top. Sini jugak banyak berjumpa dengan Encik Penyu. Kami ada jugak try makanan kat PIR ni mmg sedap dari kat Long Beach.. hehe.. tatau lah kot lapar sbb seharian mandi manda sana. Ni antara pic-pic di PIR.

Setakat ni dulu share secra ringkas bout Perhantian Island. Next post gonna be Redang Island, Mabul Island, Kapalai Island & Mataking Island. banyak sangat tertangguh sampai lupa dah apa nak diceritakan.. hahaha... See ya..!!


Wednesday, October 2, 2013

Langkawi Beautiful Beaches

Besides the historical places at Langkawi, most exciting & attractive about Langkawi are the beautiful beaches around here. Relax, lay back, enjoying the beautiful & serene beach and sunset at Langkawi. There's few beaches that I had visited & recommend to u.. Must go peeps..!! (wah tetiba speaking.. lol)

Pulau Beras Basah
Pristine, attractive, beautiful and peaceful are some of the adjectives people used to describe Pulau Beras Basah. Being one of the most well-known islands located at the west tip of Langkawi, this island will provide you a perfect getaway with its white sandy beach that is embraced by the clear blue sea. The lush green forest that surrounds the island adds a sense of tranquility, enabling you to relax yourself upon stepping on the island. Getting to this island is an easy and interesting excursion. In Langkawi, one of the most famous activities will be a 4-hour “island hopping” tour where you will be brought to three different islands – Pulau Dayang Bunting, Pulau Singa and Pulau Beras Basah by speed boat. Almost every travel agency in Langkawi provides island hopping tour arrangement. What you need to do is to make some phone calls to their agents and they will arrange everything for you. Do not expect to have exciting water sports here. Basically there is nothing much you can do on this island, apart from swimming, sunbathing and simply enjoying the stunning view. Surrounded by lush forest, this island is the best place to unwind and relax in a naturally serene ambiance. This island is not really a well-developed tourism spot with facilities such as beautiful lodges for accommodation. There are only some basic amenities such as washrooms and a small stall that sells soft drinks. However, being not well-developed could be one of the ways to upkeep the pristine and beauty of this island. Bring along your favorite book, get a place on the white sandy beach to lie on and enjoy the wonderful scenic view of the clear blue sea. The thick lush forest makes the island more secluded and private. Life could never be better than enjoying in a gorgeous island like Pulau Beras Basah where you can simply bask yourself with nature (info from MalaysiaVacationGuide.com)


Pantai Pasir Tengkorak
A rather eerie legend shadows Pantai Tengkorak. Some locals believe that a giant whirlpool awaits unwary ships just off the Langkawi islands at the spot where the Straits of Malacca join the Indian Ocean and the Andaman Sea. The whirlpool is said to have swallowed countless number of vessels and deposited the skulls of the crew and passengers at Pantai Tengkorak (Skull Beach). The bone fragments of ancient mariners were found scattered at Tanjung Tulang, while parts of the ships washed up on Pantai Pasir Hitam. Fact or fiction, visiting this mysterious beach is not to be missed.


Pulau Singa Besar
Located at the southwestern tip of Langkawi, Pulau Singa Besar is strategically situated between the well-renowned Pulau Dayang Bunting and Pulau Beras Basah. According to some information from the local tourist centre, the island sprawls 636 hectares and is almost fully covered by thick forest and huge stones. The natural setting as such has made it into a paradise of various wild lives where animals such as monkeys and eagles can be easily spotted around that area. The major attraction of the island will be eagle feeding session. The boat man or tour guide will first switch off the motor of the speedboat and throw pieces of chicken to the middle of the sea. Within seconds, you will get to see hundreds of eagles in brown and some rare ones in white flying above your head. The eagles fly beautifully with their strong wings and they will grab the chicken right after the boatman throws it to the middle of the sea. It is absolutely a perfect place to carefully study eagles as they can fly as near as merely 6 feet away from you. Believe it or not, it will be a place where one would see the most eagles in their entire lives. Though in people’s perception, eagles are unkind wild creatures which tend to attack people but no worries, such perception is not applicable to eagles in Pulau Singa Besar. All you have to do is to get your camera ready and capture some wonderful pictures of those eagles. To your surprise, these eagles seem like underwent some training where you can spot them right after some chickens have been threw to the middle of the sea and see them disappearing right after they have finished the food. According to the boatman, these eagles come out by listening to the sound of speedboats (info from MalaysiaVacationGuide.com)



Pantai Cenang
Not just a very beautiful beach with white sandy milky beach and great view, along Pantai Cenang you can easily get a variety of food at this beach. Here, you can choose to dine at numerous of restaurants available, and you will be surprised by the wide ranges of cuisines and delicacies offered. For those who are adventurous, sunbathing might not sound as interesting as the various water sports available. There are a few huts along the beach, offering activities such as jet skiing, banana boat, para-sailing  kayak and even snorkeling and diving sessions. Prices for all these activities are similar but negotiable. After a long day of sunbathing and exciting activities, you can opt to pamper and indulge yourself with a spa or massage session. In Pantai Cenang, spa outlets are ubiquitous, offering services from aromatherapy, body massage, reflexology, body scrubbing, hot tub bath to pedicure and manicure (info from MalaysiaVacationGuide.com)

Makam Mahsuri - Langkawi

Langkawi.. Bukan sekali dah aku pegi ke sana tp berkali-kali. Pergi tiap kali ke Langkawi ke destinasi yang berbeza-beza. So cut short punya cerita (keje nak cut short je kan) aku share lah beberapa tempat yg telah ku lawati di pulau bersejarah ni... So kita mulakan dengan tempat lagenda dan sejarah yang popular di Langkawi dulu... iaitu MAKAM MAHSURI. Makam Mahsuri ni tempat bersemadinya Mahsuri. Mahsuri ni.. eh perlu ke aku citer nih bukan semua org tau dah kisah Mahsuri ni?? hehe.. dia lah wanita yang difitnah, dijatuhi hukuman bunuh, kemudian telah menyumpah Langkawi akan jadi padang jarak padang terkukur 7 keturunan semasa di jatuhi hukuman mati tu & part penting... darah dia warna putih.. so semua tau kan.. hehe..  nak masuk menziarah Makam Mahsuri ni kita akan masuk ke Kampung Kedah, Kota Mahsuri. Nak masuk kena baya 5 hengget per entry.. tak mahai pon.. Dalam tu bukan takat boleh menziarah makam je tp ada mcm2 benda lain yg boleh dilawati. Ada rumah Mahsuri, perigi mahsuri dan juga ada persembahan caklempong.. Kalau nak berseri2 & cantik mcm Mahsuri, pegi lah basuh muka kat perigi Mahsuri tu.. kekeke.. haa ni aku bohong jer (mitos aku sendirik).. haha..

Bayaran tak mahal.. 5 hengget je sorang :)

So, jemputlah melawat Kota Mahsuri ni jika menjejakkan kaki ke Langkawi. Jgn ingat nak shopping pinggan mangkuk ngan cekelet je yer.. ringan2 kan lah diri melawat tempat2 bersejarah nih. Kalau naik teksi tak mahal mana pun. Sewa keta pun boleh dpt yg rega RM50 sehari (bkn peek days lah) kalau pandak mencarik. Ok.. let's move on to our next destination. Where..?? Next post lah.. semak plak nak longgok semua tempat dlm 1 post.. Ciao..!!

Tuesday, September 10, 2013

Lumut tidak pernah berlumut

Oyeah.. ni memang betul back to back punya post kat blog ni. Membalas dendam nampaknya nih. Lama tak hapdet tp bila my frens, cik lara dok sibuk membelog blognya diriku terpanggil untuk menyambung riwayat ini blog. Orait, bukan nak cite luahan hati utk entry kali ni tapi pasal jalan-jalan tak seberapa aku ke Lumut. Seperti yang banyak orang sedia maklum, Lumut ni merupakan pekan kecil yang harus disinggahi kalau hendak ke Pulau Pangkor (boleh lihat entry ku di pangkor suatu ketika dahulu). Lumut ni, seperti yang sedia maklum juga selain dari jeti nak ke Pangkor ianya jugak pusat abe2 TLDM sini. Baik.. Lawatan tak seberapa aku ke Lumut adalah sebanyak 3 kali namun baru terluah pada hari ini. Kali pertama semasa nak pergi Pangkor, kali kedua persidangan anjuran pejabat pada 2011 di Marina Cove Resort dan kali ketiga persidangan anjuran jabatan di Swiss Garden Damai Laut & Spa.

Marina Cove Resort
Sini kami stay dalam 1 apartment. Ada 3 bilik, lengkap full furnish semua. View apartment kami stay ni ofkos mengadap laut dan juga pool. Pool dia mcm waterpark sikit2, boleh lah setakat nak main papan gelongsor gitu. Makanan time tu... jujurnya.. aku dah lupa.. haha... tp apartment kami ni seram sikit.. ada cerita mistik gitu.. tapi nantilah aku cite eh.. boleh masuk entry kisah seram pulaks.. haha. Tp jgn takut kalau korang nak stay sini. Masuk baca ayat2 & bismillah sikit. Kami hari tu main  terjah jeeee.. dah la sakan bergelak ketawa. Mai rumah orang tak abgi salam gituzzz. Aktiviti kami sepanjang kursus selain membersihkan pantai di Lumut tu, kami jugak shopping satay ikan, sotong kering, segala macam hasil laut lagik laaaaah. Then kamu juga berkesempatan masuk ke pengkalan TLDM dan melawat kapal2 TLDM dalam tu. Rombongan Cik Kiah sangat.

ni semua kengkawans tgh hepi nak gotong royong membersihkan pantai
 

membeli belah hasil laut

ni atas kapal TLDM

Swiss Garden Damai Laut & Spa
Kat sini lak pergi sempena persidangan anjuran jabatan. Sini bilik standard yg satu bilik 2 org tu. View dari beranda kami sgt mabeles iaitu laut di mana matahari jatuh terbenam. Banyak la dapat snap2 picture sunset yang menarik sbb sini port sunset nye mmg awesome giler. Makan sedap tapi sayang time aku pegi tu terlalu banyak lah lalat. Masa kat sini pun ada aktiviti kemasyarakatan membersihkan kawasan kampung-kampung kat situ, Rasa mcm retis sangat sbb banyak betul wat kerja amal sambil bergumbira.. hahahaha.. perasan sat.. Sila jgn muak. Nak tengok gambar sunset or pemandangan indah kena lah follow instagram iols ya.. haha.. promosi gitew.. so then see ya again.. Ciao..!!

My room

view from my room