Oyeah.. ni memang betul back to back punya post kat blog ni. Membalas dendam nampaknya nih. Lama tak hapdet tp bila my frens, cik lara dok sibuk membelog blognya diriku terpanggil untuk menyambung riwayat ini blog. Orait, bukan nak cite luahan hati utk entry kali ni tapi pasal jalan-jalan tak seberapa aku ke Lumut. Seperti yang banyak orang sedia maklum, Lumut ni merupakan pekan kecil yang harus disinggahi kalau hendak ke Pulau Pangkor (boleh lihat entry ku di pangkor suatu ketika dahulu). Lumut ni, seperti yang sedia maklum juga selain dari jeti nak ke Pangkor ianya jugak pusat abe2 TLDM sini. Baik.. Lawatan tak seberapa aku ke Lumut adalah sebanyak 3 kali namun baru terluah pada hari ini. Kali pertama semasa nak pergi Pangkor, kali kedua persidangan anjuran pejabat pada 2011 di Marina Cove Resort dan kali ketiga persidangan anjuran jabatan di Swiss Garden Damai Laut & Spa.
Marina Cove Resort
Sini kami stay dalam 1 apartment. Ada 3 bilik, lengkap full furnish semua. View apartment kami stay ni ofkos mengadap laut dan juga pool. Pool dia mcm waterpark sikit2, boleh lah setakat nak main papan gelongsor gitu. Makanan time tu... jujurnya.. aku dah lupa.. haha... tp apartment kami ni seram sikit.. ada cerita mistik gitu.. tapi nantilah aku cite eh.. boleh masuk entry kisah seram pulaks.. haha. Tp jgn takut kalau korang nak stay sini. Masuk baca ayat2 & bismillah sikit. Kami hari tu main terjah jeeee.. dah la sakan bergelak ketawa. Mai rumah orang tak abgi salam gituzzz. Aktiviti kami sepanjang kursus selain membersihkan pantai di Lumut tu, kami jugak shopping satay ikan, sotong kering, segala macam hasil laut lagik laaaaah. Then kamu juga berkesempatan masuk ke pengkalan TLDM dan melawat kapal2 TLDM dalam tu. Rombongan Cik Kiah sangat.
ni semua kengkawans tgh hepi nak gotong royong membersihkan pantai
membeli belah hasil laut
ni atas kapal TLDM
Swiss Garden Damai Laut & Spa
Kat sini lak pergi sempena persidangan anjuran jabatan. Sini bilik standard yg satu bilik 2 org tu. View dari beranda kami sgt mabeles iaitu laut di mana matahari jatuh terbenam. Banyak la dapat snap2 picture sunset yang menarik sbb sini port sunset nye mmg awesome giler. Makan sedap tapi sayang time aku pegi tu terlalu banyak lah lalat. Masa kat sini pun ada aktiviti kemasyarakatan membersihkan kawasan kampung-kampung kat situ, Rasa mcm retis sangat sbb banyak betul wat kerja amal sambil bergumbira.. hahahaha.. perasan sat.. Sila jgn muak. Nak tengok gambar sunset or pemandangan indah kena lah follow instagram iols ya.. haha.. promosi gitew.. so then see ya again.. Ciao..!!
My room
view from my room
No comments:
Post a Comment