Tuesday, April 1, 2014

Perhentian Island Part 1 : Long Beach

Sebenarnya nak cerita pengalaman berjalan ke tempat lain dulu tp semangat nak tulis pasal Perhentian sebab baru balik dari sana. Rentung sudah okeh.. tp puas hati. Ni masuk kali ke2 aku pegi perhentian tahun ni. Last visit bulan jun ari tu. I can live there like forever.. hikhik.. Nak bercerita pasal Perhentian ni iols decided to make 2 post about it. Post pertama pasal Long Beach dan aktiviti sekitarnya, bertolak pergi, penginapan, makanan etc & second post about tempat-tempat menarik sekitar Perhentian Island ni. Okay, trip aku ni ber3 je as usual (geng kaki pulau). Buat keja giler bertolak pukul 9 malam dari PERLIS terjah ke TERENGGANU di malam jumaat melalui jalan yg tidak berhighway. Selalunya sblm ni aku kalau ke Terengganu akan melalui jalan Baling-Sik-Gerik tp sbb selalu sgt tersesat jalan tiap kali pegi & balik, so mlm tu kami decide ikut highway je, keluar Kuala Kangsar-Gerik then ikut je terus ke Jeli, Kota Bharu. Tp nak ke jeti Pulau Perhentian ni tak payah masuk sampai Kota Bharu pun sbb jeti nye kat Kuala Besut. Ni barang yg wajib packing ke pulau yer.. 




Kami sampai kat Jeti Kuala Besut pukul 5 pagi. Sampai2 situ dah ada org2 situ bangun (atau belum tido) dok promot boat ke Perhentian pagi tu. Boat pukul 7 pg tp kami reject & check in kat hotel bajet area jeti dulu. Bukan apa, kalau dgn tak cukup rehat ni nak terjah terus ke pulau, tak cukup rehat kot. Kang mamai & letih ja kat pulau nak wat apa. Lagipun bilik belum cari kat sana, then kalau pergi awai pon bukan leh tido & rehat kat sana sbb kat Perhentian ni letrik di off dari pukul 10 pagi hingga 6 petang. Pandai2 lah bawak diri time tu yer. Tp bersusah payah pi pulau takkan nak dok dlm bilik je kan?? Ok, back to check in kat Hotel bajet kat Jeti Kuala Besut, lepas check in semua pengsan & bangun dlm pukul 10 pagi Siap2 dlm pukul 11 kami pon check out. Lepas tu pegi cari bilik kat perhentian. Boleh cari bilik atau pakej sekitar Jeti Kuala Besut ni. Masa bulan jun hari tu kami amik pakej (sekali ngan snorkeling & mkn malam). Kali ni amik bilik je sbb tak rasa nak snorkeling. Kalau nak pun bleh amik pakej2 snorkeling yg ditawarkan di perhentian tu. So kami pilih tempat stay yang sama dgn last visit iaitu Panorama. Nak duduk kat Bubu Resort tapi penuh lak. Oh ya, rate harga pada waktu ni lebih murah dari last visit kami bulan jun tu. Yelah skrg ni low season & masa bulan Jun tu peak season. Harga semua chalet & resort mmg berbeza2 ikut season. Time kami pegi ni kira last week jugak sblm pulau ditutup mulai mid Oktober sehingga thn depan. Semua pulau cam tu lah kecuali Langkawi yg never closed. So amik bilik utk 3 orang (ada 2 queen size katil) dgn air-cond dgn harga RM180 per nite. Nak murah lagi, amik ler bilik tade air-cond.. kekeke.. Boat pulak RM60 sorang utk pegi & balik. Beli sekali je kat Sunny Travel tu. Bayar bilik, boat sekali. Tp kalau travel agensi ni mahai skit la sbb dia pon amik komisen kan. Kalau nak murah terus, pegi je naik boat sendiri (cari area tu mostly harga sama) then sampai kat pulau cariklah bilik hotel sendiri (walk in je) tp kami maleh la nak gamble kan.

Boat kami pukul 12.30. Jadi naik lah speed boat pukul 12.30 tu. Perjalanan dari Jeti ke tempat penginapan kami di Long Beach tak lah lama. Tp sampai dlm pukul 2.00 sbb boat nya bertolak tak punctual lah kan. Pastu berhenti hantar sana sini plak. Sbb bukan dekat Long Beach je org stay, ada kat perkampungan nelayan, ada kat area PIR etc. Oh.. my advise, kalau korang nak cari tempat stay jgn lah terpedaya ngan agent yg rekomen tempat lain selain Long Beach sbb adik aku dah kena diarg bg tempat perkampungan nelayan yg takde nampak mcm pusat pelancongan pon.. haha.. Ok sampai je kat long beach, speed boat yg bawak kami tu tak kan bawak sampai ke pesisir pantai. Akan ada 1 lagi boat kecik yg akan amik korang dr boat besar tu. Mcm gambar ni haa..


Mcm yg bgtau td, kami stay kat panorama. Masuk2 bilik letak barang2 terus siap2 keluar. Pemandangan dalam bilik lupa nak capture tp pemandangan luar bilik ada aku amik. Oh ya, kalau uols jenis pentingkan keselesaan & kemewahan aku tak sajes korang amik panorama ni sbb dia more to backpackers lah. Dok lah Bubu, PIR or resort2 yg sewaktu dgnnya. 



Ekceli 1st day kami tak lepak long beach dpn chalet tempat kami stay ni tp kami round2 sekitar perhentian ni. Tp utk post ni aku akan ceritakan pasai aktiviti di long beach yg kami buat pada hari ke-2 (esoknya). Kami mula berlepak & bersantai di long beach lps lunch. Pagi tu tido je keje sampai terlepas sunrise.. Haha.. Kami sewa payung kat long beach. Yg sewa payung dok bersantai ni selalu mat & minah salleh je. Yelah diaorg berjemur kanzz. Sewa payung situ 10 hengget je dr pagi smpi ke ptg lah kiranya. Uols juz pegi kat payun yg dibukak tu, then amik tikar kat situ & hampar je. Kang owner dia dtg la kutip 10 hengget. Aku mintak diskaun tp dia kata "kena adil.. Org putih ke org melayu ke kita kena sama je meniaga" amik kaww.. Lolz.. Oh kalau dah sewa payung & dok bersantai tu takkan tak bawak pape kan. Bawaklah novel ke, makan minum ke.. Mcm berkelah gitu. Terlupa bawak novel or buku?? Dun wori kat sini ada sewa buku. RM10 satu buku.. Mmg mahal.. Hehe.. 




Sambil2 santai lepak bwh payung ditemani bunyi ombak dan air yg mmg crystal clear ni, leh jugak lah pi mandi manda sepanjang long beach yg mmg long tu. Cari spot korang sendiri yg mana korang suka. Nak mandi bwh jambatan, tepi batu, tgh laut ikut suka lah. Airnya..?? SubhanAllah mmg cantik, jernih, biru, hijau yg boleh korang lihat coral2 & ikan2 berenang dikeliling korang je. Kami memula mandi kat tgh2, then berjalan ke hujung bwh jambatan (depan bubu resort) sbb situ byk ikan. Gamat pin ada uols. Aku siap bawak biskut 2 paket nak feed ikan2 tu.. Hehe.. Syiokk.. 




Lepas seharian bermain air, kami naik balik ke bilik utk solat, mandi & tukar baju utk pegi mencari sunset & dinner. Nak cari sunset ni kena depan Shari-la & Senja Resort yg mana di belakang panorama ni. Kena redah hutan, jungle trek sikit lah. Tak lama dlm 10-15min gitu.  Lps redah hutan tu, sekali nya sunset tak ada ptg tu. 2x ptg pegi mmg tade sunset.. Huhu.. Then dinner kat Ombak yg area sunset ni. Sebut pasal makanan kan, stendet lah makanan kat sini semua mahal gila. Coke pon 3-4 hengget. Biskut tiger pon 3-4 hengget. Milo ais lak 10 hengget. Burger biasa 11-12 hengget okeh. Bertabahlah.. Makanan tak sedap mana.. Huhu.. Ok malas nak komen part tak best ni byk2. Jd lepas dinner tu kami pun jungle trek sekali lagi utk balik ke long beach & panorama. Scary okeh sbb jln hutan yg tak berlampu. Tp rupa2 nya ada je org pi mai pi mai meredah hutan tu. Yelah byk nak pegi sebelah long beach tu sbb situ malam2 happening sikit. Apa yg happening..?? Haaa..

Selain ada live band dkt dgn panorama tu, ada satu bar area tu nama nya Black Tip Bar yg mmg happening. Music dia yg outloud mmg ramai ler omputih lepak situ. Situ jd tumpuan sbb selain omputih leh "minum2", hisap shisha start kul 9.30 malam ada pertunjukkan api. Omputih2 dok wat show main api, telan api mcm tu lah sambil menari diiringi muzik. Owner Black Tip ni org Canada katanya. So mmg waitress pon omputih lah gitu. Kami    lepak kat Black Tip ni. Tp jgn salah paham, dia bukan nye bar mcm2 disco2 & club2 tu. Dia open air je.. Ada meja & dok bersila kat atas pasir pantai beralaskan tikar. Masa pelayan omputih nak amik order pun dia sgt berbudi bahasa & tanya "can i get u something, coke perhaps..??" So idak le dia nampak sah2 ko Islam nak minum arak kan.. Hehe.. Coke dia pun dia serve dlm tin & cup pakai buang. So yakin ler kan. Alah bukan apa nak tengok show api tu je.. Omputih nak minum or isap shisha tu lantak diaorg lah kan. So show api tu kalau korang tak lepak kat Black Tip pun boleh sbb open air kan. Duduk je lah tepi2 mana2 pon tp kalu duduk kat Black Tip ni view tip top lah kan. Bayo rega 3 coke ngan harga 12 hengget, hg dok lah situ sampai abis show api tu. Lps abis show dlm kul 11.30 tu para pemain2 api tu akan kutip lah tip kat penonton sama ada yg dok minum kat Black Tip tu atau yg menonton di sekitar tu. Ikut suka lah kan nak bg brapa or tanak bagi. Ekceli kan pemain2 api tu good2 looking gak tau.. Hehe.. Dan veri2 peramah.. Ni lah diaorg yg perform tu 


So setakat ni lah dulu cite mengenai stay iols & aktvt kat long beach ni. Esok or nanti part 2 kita menjelajah ke tempat2 menarik sekitar Pehentian & juga aktvt2 snorkeling kat area2 situ. Kalau nak tgok view indah2 di perhentian, sila lah follow instagram beta yer ena_fosetta ok.. Ciao..!! :)

No comments: