Saturday, January 31, 2015
Lang Tengah Island
Tahun 2014 mmg banyak pulau yg ku lawati. Salah satu nya Pulau Lang Tengah yang terletak di Terengganu. Aku ke Lang Tengah ni pada bulan April 2014. Date tak yah tanya lah tak ingat exact date dah.. Kui3. Kali ni my solo travel, setakat dalam Malaysia, berani lah lagi. Malaysia kan masih aman.. Keh3. Baiklah, aku bertolak dari Perlis ke Terengganu drive all alone. Sgt suffer drive kali ni sbb sepanjang perjalanan diganggu oleh HQ ofis & ofis non stop pasai keje. Demm.. Depa mmg tak leh tengok aku senang. Berapa kali stop utk reply email, balas wasap etc. Makin berkembang teknologi, makin no privacy life kita. Kalau dulu senang, hg cuti je & keluar dr opis, tunggu lah org tu masuk balik keje.. Huhu. Aku bertolak dlm 10 pagi, aim sampai ke Terengganu dlm ptg, check in then esok pagi off to island. Last2 kui 8 malam kot baru sampai Terengganu. Fuhh.. Hazab punya letih. Aku pilih utk check in dkt Sutra Beach Resort. Selain dari dah biasa, situ dekat dengan Jeti Merang. Yupp. Jeti ke Lang Tengah sama dgn Jeti Redang. Naik kat Merang. Tp Perhentian naik kat Besut tau. Dun kompius. Lepas check in, mandi, fuhh nyaman gila baring atas katil. Esok bot dlm kui 10 pagi. Pasai book tempat hotel plak aku suh adik ipar book kan. Walk in dalam 2-3 minggu awai. Bkn apa, malas la nak online book ni, kena kencing caj mahal or asyik2 penuh. So, suh adik ipar ku yg mmg org ganu & dok sana juz walk in usha2 kat jeti je ptg2 bila dia free. Rumah dia pon mmg kat merang & dekat ngan jeti. Aku pilih utk stay kat D Coconut Lagoon. Sorang kapla 500++ for 3d 2n includes bekpes, lunch & dinner + snorkling. Tak yah pikir pape dah. Owh, btw Lang Tengah ni kedudukan dia adalah betul tengah2 antara Perhentian & Redang. Masa naik boat bleh nampak Perhentian sebelah kiri & Redang sebelah kanan. Okeh.. Gambar2 perhentian akan diupload nanti.. Sbb dlm henpon satu lagik.. C ya..!!
Saturday, January 24, 2015
Mataking Island
Cuaca agak mendung skit lah, pastu hujan.. Sbb tu langit kelam & gambar kurang maveles. Hakikatnya.. Indah sgt tau.. Kalau alang2 dah sampai Mabul wajib pegi Mataking sekali. Nak pi Sipadan sama ari tu tp full sbb Sipadan ada limit org utk masuk. Hmm.. Mebi nect time? Hiksss.. Ok, bye now.. Afta this.. Pulau Lang Tengah, Krabi, Phi Phi Island & Maldives. Tungggggu..!!!
Friday, January 23, 2015
Crush Rock Kapak
Teringat nak tulis pasal ni sbb baru2 ni kita dikejutkan dgn penangkapan Zamani Slam sbb kes dadah. Terus teringat yg Zamani ni antara crush aku masa zaman sekolah aka zaman rock kapak dulu. Why? Sbb biasa lah vokalis mmg selalu org aim lebeh kan.. Haha.. Selain Zamani, Shah Slam pun aku taste. Sbb? Aku mmg suka laki pandai main gitar & rambut panjang time tu.. Haha.. Pelik punya taste. Biasa la anak2 muda baru nak up time tu. Kalau bdk zaman skang harus lah gila kan ala2 dak2 hip hop subang jaya mmg ada gaya mcm hari2 hari raya.. Kah3.
Another crush retis aku time tu Ajin Blackrose. Ohemgee. Boleh bayang tak betapa hensem nye si Ajin time tu? Dah la suara bleh cair mek dengar. Pandai main segala instrumen lak tu.. Ishhh.. Sampai skang lah aku dok gilakan si Ajin tu. Sehari tak dengar lagu Blackrose tak sah. Karoks pun lagu wajib haruslah Cinta Abadi uols. Lagu penantian kenot go sbb tinggi.. Haha.. Ingat tak AJL thn 1991 (aku baru darjah berapa ntah) masa pengacara Azwan Ali ketika sel otak2 nya masih berhubung.. Seksa gila kot Ajin nyanyi time tu. Dia pun susah nak tarik tambah la aku rakyat marhaen ni kan? Haha.. Tp time tu Ajin.. Perghh.. Style abeh.. Keh3..
Selain tu, crush rock kapak aku yg lain Along Exist. Sbb pun lupa dah sbb apa.. Haha.. Tp exist ni aku suka sejak sekolah rendah la sbb zaman2 tu rasa sebaya ja ngan diaorg.
Well, ekceli byk lagi tp ni yang PALING aku suka dulu, kini, selamanya.. Zaman Rock Kapak sentiasa indah dan mekar dlm ingatan hingga kini. Rasa bertuah sbb dpt lalui zaman tu dr lalui zaman hip hop budak subang jaya.. Haha.. Alah, korang yg muda2 ni pun kalau pi karoks, lagu rock kapak jugak kan. Semoga Zamani pulih dari najis dadah.. Harap dia kembali bersinar selepas pemulihan. Apa2 pun suara dia mmg lemak merdu wpun menyanyi dlm keadaan bergari tu. Sayu iols tengok taw.. Huhu.. Kami semua sayang anda.. Moga terus diberikan hidayah
Subscribe to:
Posts (Atom)