Tuesday, May 19, 2009

Birthday & 3 days mc ....



Hari ni adalah hari jadi aku yg ke-29 (tanpa segan silu aku mengaku) hehe..yelah..umur just a number rite..huhu..dan aku dpt mc selama 3 hari dr semalam...mula2 demam..then aku tatau aku ada alahan terhadap sesejenis ubat (sblm nih mcm tade jer) lepas amik ubat demam yang doc bg tu..terus muka, mulut aku membengkak dgn jayanya..aduhh...dah la aku ada taklimat & meeting kat Putrajaya this khamis & jumaat...harap2 sempat lah sembuh..dah mcm kena gigit tebuan jer rope aku..

Mula2 aku mengeluh...hmm...nape aku sakit bila time besday yer..?? dah la nak selebet muka mcm tenuk...sakit2 dan tak larat lak tu..tp apa yg belaku mesti ada hikmahnya..sama ada hikmah yg membawa kita kepada kebaikan atau pun membuat kita terpikir seketika...Allah mungkin nak tunjukkan aku baru jer sakit2 mcm nih dah mengeluh asyik kata "sakit gila" "aduhhhh" "mcm nak mati dah" dan mengeluh dan terus mengeluh tp pernah ker aku terpikir..kesakitan yang ditanggung oleh mak aku..pada tarikh nih 29 tahun yang lalu...lagi sakit kan..?? mmg bukan mcm nak mati dah..tp nyawa ibarat dihujung tanduk jer waktu tu..so bkn lah aku yg patut dia raikan sgt..sepatutnya aku yang patut ucapkan pada mak aku TERIMA KASIH sbb dah bergadai nyawa utk lahirkan aku 29 thn yang lalu... Insaf & termalu seketika..hihi

apa yang aku dah capai selama 29 tahun aku hidup nih..?? Mcm2..baik buruk suma aku tempuhi & aku kecapi..walaupun tiada apa kejayaan yang dibanggakan sgt yg telah aku capai..but at least i'm proud of myself for being what i am..hmm..
hopefully perjalanan hidupku bertambah lancar..diberkati Allah...dipermudahkan Allah....tu jer yg leh aku taip wat masa nih sbb aku dah lalok lepas amik ubat nih.. Happy Birthday To me & Terima Kasih Ibu kerana sudi lahirkan aku..Happy Mother's Day.....





p/s: Selamat Hari Pekerja (1hb Mei), Selamat Hari Jururawat (6hb Mei), Selamat Hari Guru (16hb Mei).. ada lagi tak special day in Mei..?? hihi



1 comment:

Anonymous said...

Selamat Hari Pekerja (1hb Mei), Selamat Hari Jururawat (6hb Mei), Selamat Hari Guru (16hb Mei),
ada lagi tak special day in Mei..??
Ada..
19 MEI.. Selamat Hari Jadi.. Sis Ena.. :)