Sunday, October 12, 2008

Hibiscus Rosa Sinensis



Pencinta Bunga
--------------------

aku nih memang minat dgn bunga..adakah sbb aku jiwang?? tak lah..aku minat bunga bukan suka lelaki bagi bunga kat aku..tp aku memang minat & suka bunga..watever jenis bunga sekalipun..rasa tenang jer bila tengok keindahan bunga ciptaan tuhan nih..so..hari nih kita akan bercerita pasal salah satu jenis bunga di dunia nih..ekeke..

Aku & bunga raya
----------------------

haa..lama aku tak update blog nih kan..ada gak kawan aku yang call tanya nape lama tak update blog..latest post pun sekadar copy & paste dari JL jer..hehe...aku tak der jugak idea nak menulis sebenarnya..tiada cerita menarik tentang diriku..tak der info nak dikongsi bersama..and tiada idea nak merepek..then tadi aku duduk2 kat luar rumah aku..nengok2 keadaan sekeliling..pastu aku nampak..hmm..banyak nyer pokok bunga raya kat kawasan umah aku..mcm2 kaler ada taww..tetiba aku rasa..apa kata kali nih aku taip pasal cerita bunga raya..hahaha..infomatif sikit kan..bunga raya kan bunga kebangsaan malaysia..jadi kita patut hayati sikit keistimewaan bunga raya di bulan2 raya nih..ekeke..hmm..baru aku pasan kijer aku pun ada raya2 gak..hahaha (apa yang aku merepek nih..??!!) kalau kowang nak tahu..nama saintifik bunga raya ada lah satu2 nyer yang aku boleh hapal & 1st saintifik name (utk bunga) yang aku belajar..hehe..masa aku form 1 dulu.. kita ada belajar sabjek sains pasal bunga2 nih ahh..then cikgu sains aku masa tu hensem..bujang lagi..nama cikgu Fauzi tak silap..time tu cikgu aku ada wat contest ala2 pertandingan cari harta karun la lebih kurang..tp dia suh cari nama saintifik bunga2 yg ada di sekeliling sekolah..means..cari bunga tu then cari nama saintifik dia..bg kat dia..then aku ler org pertama yang pegi kutip bunga raya & cari nama saintifik dia kat library..so dpt ler markah utk grup aku..hmm..so nama saintifik utk bunga raya adalah.. hibiscus rosa sinensis


Tahukah kowang..??
-------------------------

Bunga raya nih adalah sejenis bunga yang tumbuh sepanjang masa..so tak der lah dia bermusim2 mcm buah doyan.. mengikut kajian aku (cewahhh...mcm lar aku wat kajian pon..hahaha) selepas negara kita merdeka (hmm..patut topik nih aku wat masa merdeka dulu kan) pada akhir pada tahun Kementerian Pertanian telah mencadangkan tujuh jenis untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu, iaitu Bunga Kenanga, Bunga Raya, Bunga Melur, Bunga Teratai, Bunga Mawar, Bunga Cempaka dan Bunga Tanjung. Selepas perbincangan pada 28 Julai 1960, Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Bunga Raya adalah pokok renek asal di barat Asia, juga dikenali denga nama bunga sepatu. Ia ditanam secara meluas sebagai hiasan di seluruh kawasan tropika dan separa tropika. Bunganya besar, merah, keras, tetapi tidak berbau.

Galeri - jenis2 bunga raya
---------------------------------

ni antara jenis2 bunga raya (sesetengah nyer aku capture sendirik tu..yg tak cantik2 tu aku ler snap..ekeke)Image Hosted by ImageShack.us

sumber : wikipedia

3 comments:

Anonymous said...

ni boleh la panggil sis ena sebagai penceramah jemputan ke sekolah rhea untuk slot aktiviti selepas UPSR bawah tajuk 'Bunga Kebangsaan'.. leh ker?

melanie said...

baiklah "mek bunga" hehehe..
aku suka bunga kemuncup..pasal wen sentuh dia tertutup dgn sendirinya..ajaib ajaib..er..bungakah itu?

ena said...

rhea - ni pun copy pes dari wikipedia sama nih..hahaha..lagi pun akak tak der lah tawu detail sgt..ekekek

mel - tu bukan bunga ler..tu sejenis daun..hahaha..ntah..aku kata jer