Wednesday, October 2, 2013

Makam Mahsuri - Langkawi

Langkawi.. Bukan sekali dah aku pegi ke sana tp berkali-kali. Pergi tiap kali ke Langkawi ke destinasi yang berbeza-beza. So cut short punya cerita (keje nak cut short je kan) aku share lah beberapa tempat yg telah ku lawati di pulau bersejarah ni... So kita mulakan dengan tempat lagenda dan sejarah yang popular di Langkawi dulu... iaitu MAKAM MAHSURI. Makam Mahsuri ni tempat bersemadinya Mahsuri. Mahsuri ni.. eh perlu ke aku citer nih bukan semua org tau dah kisah Mahsuri ni?? hehe.. dia lah wanita yang difitnah, dijatuhi hukuman bunuh, kemudian telah menyumpah Langkawi akan jadi padang jarak padang terkukur 7 keturunan semasa di jatuhi hukuman mati tu & part penting... darah dia warna putih.. so semua tau kan.. hehe..  nak masuk menziarah Makam Mahsuri ni kita akan masuk ke Kampung Kedah, Kota Mahsuri. Nak masuk kena baya 5 hengget per entry.. tak mahai pon.. Dalam tu bukan takat boleh menziarah makam je tp ada mcm2 benda lain yg boleh dilawati. Ada rumah Mahsuri, perigi mahsuri dan juga ada persembahan caklempong.. Kalau nak berseri2 & cantik mcm Mahsuri, pegi lah basuh muka kat perigi Mahsuri tu.. kekeke.. haa ni aku bohong jer (mitos aku sendirik).. haha..

Bayaran tak mahal.. 5 hengget je sorang :)

So, jemputlah melawat Kota Mahsuri ni jika menjejakkan kaki ke Langkawi. Jgn ingat nak shopping pinggan mangkuk ngan cekelet je yer.. ringan2 kan lah diri melawat tempat2 bersejarah nih. Kalau naik teksi tak mahal mana pun. Sewa keta pun boleh dpt yg rega RM50 sehari (bkn peek days lah) kalau pandak mencarik. Ok.. let's move on to our next destination. Where..?? Next post lah.. semak plak nak longgok semua tempat dlm 1 post.. Ciao..!!

No comments: