Tuesday, September 10, 2013

Lumut tidak pernah berlumut

Oyeah.. ni memang betul back to back punya post kat blog ni. Membalas dendam nampaknya nih. Lama tak hapdet tp bila my frens, cik lara dok sibuk membelog blognya diriku terpanggil untuk menyambung riwayat ini blog. Orait, bukan nak cite luahan hati utk entry kali ni tapi pasal jalan-jalan tak seberapa aku ke Lumut. Seperti yang banyak orang sedia maklum, Lumut ni merupakan pekan kecil yang harus disinggahi kalau hendak ke Pulau Pangkor (boleh lihat entry ku di pangkor suatu ketika dahulu). Lumut ni, seperti yang sedia maklum juga selain dari jeti nak ke Pangkor ianya jugak pusat abe2 TLDM sini. Baik.. Lawatan tak seberapa aku ke Lumut adalah sebanyak 3 kali namun baru terluah pada hari ini. Kali pertama semasa nak pergi Pangkor, kali kedua persidangan anjuran pejabat pada 2011 di Marina Cove Resort dan kali ketiga persidangan anjuran jabatan di Swiss Garden Damai Laut & Spa.

Marina Cove Resort
Sini kami stay dalam 1 apartment. Ada 3 bilik, lengkap full furnish semua. View apartment kami stay ni ofkos mengadap laut dan juga pool. Pool dia mcm waterpark sikit2, boleh lah setakat nak main papan gelongsor gitu. Makanan time tu... jujurnya.. aku dah lupa.. haha... tp apartment kami ni seram sikit.. ada cerita mistik gitu.. tapi nantilah aku cite eh.. boleh masuk entry kisah seram pulaks.. haha. Tp jgn takut kalau korang nak stay sini. Masuk baca ayat2 & bismillah sikit. Kami hari tu main  terjah jeeee.. dah la sakan bergelak ketawa. Mai rumah orang tak abgi salam gituzzz. Aktiviti kami sepanjang kursus selain membersihkan pantai di Lumut tu, kami jugak shopping satay ikan, sotong kering, segala macam hasil laut lagik laaaaah. Then kamu juga berkesempatan masuk ke pengkalan TLDM dan melawat kapal2 TLDM dalam tu. Rombongan Cik Kiah sangat.

ni semua kengkawans tgh hepi nak gotong royong membersihkan pantai
 

membeli belah hasil laut

ni atas kapal TLDM

Swiss Garden Damai Laut & Spa
Kat sini lak pergi sempena persidangan anjuran jabatan. Sini bilik standard yg satu bilik 2 org tu. View dari beranda kami sgt mabeles iaitu laut di mana matahari jatuh terbenam. Banyak la dapat snap2 picture sunset yang menarik sbb sini port sunset nye mmg awesome giler. Makan sedap tapi sayang time aku pegi tu terlalu banyak lah lalat. Masa kat sini pun ada aktiviti kemasyarakatan membersihkan kawasan kampung-kampung kat situ, Rasa mcm retis sangat sbb banyak betul wat kerja amal sambil bergumbira.. hahahaha.. perasan sat.. Sila jgn muak. Nak tengok gambar sunset or pemandangan indah kena lah follow instagram iols ya.. haha.. promosi gitew.. so then see ya again.. Ciao..!!

My room

view from my room


Penang.. a little bit here & there

Hello... Malas nak mukadimah pepanjang ni kira nak dipendekkan cerita lah ni.. banyak kali trip dah ke penang (my third home after Kedah & Perlis), aku nak summarize few places yg aku singgah & stay sepanjang banyak2 kali ke penang ni. Here we gooo...!!

1. Hard Rock Hotel
Okay.. aku berkesempatan utk stay di hotel ni for 5 days FOC. Why?? As usual lah lucky me.. KURSUS. Kursus anjuran IOM & MAPO mmh mewah. Aku dapat single room, Rock Star Suite yg view nye laut & pool yang indah. Best mcm menikmati percutian sorang2 diri, Tade partner or kawan2 yg dikenali dalam kursus ni. Tp habis kursus tu I do make friends lah jugak kan. Bilik, view memang tip top tp makanan mcm agak kureng sikit bagi tekak aku. Tp still boleh dimakan. Tapi maybe course yang dipilih oleh penganjur kot yg kureng sikit. Ok.. Sila layan few pic yang sempat ku rakam. Pic banyak sebenarnya tp takkan semua nak sumbat sini khennnn.. hehe...

depan hotel




my room  Rock Star Suite




 
 
view from balcony






my bed




toilet








2. Lone Pine
Sini aku duduk kejap jer dalam 2 hari. Stay kat sini sebab kursus jugak. Bilik just nice & ada bath tab di beranda. So aku sebagai wanita muslimah ni sgt tak sesuai la nak mandi manda kat beranda tu kan..?? tp aku mandi gak tgh2 malam.. haha... view beranda kurang menarik sbb banyak terlindung pokok. Hanya nampak pool kat bawah je.. laut pun terlindung dek pokok.. Makan boleh tahan.. sedap.. better than Hard Rock aku rase.. 




entrance












balcony














view outside 





view... outside










3. Holiday Inn
Sini stay 1 malam je.. so makan breakfast je lah. Breakfast biasa je lah cuma banyak burung merpati terbang sampai hinggap atas meja orang makan. Bilik ku tiada beranda, bilik lain tak pasti tp seaview. Tingkap pun tak bole bukak.. ye lah sebab takde beranda kan...








my room.. ada gambo nih jer












view from my room 














antara view luar hotel











pool 









Tu jer perkongsian setakat ni.. nak solat maghrib jap.. bersambung selepas ini ke destinasi lain pulaks.. hiksss... Ciao... ;)