Ena Lala Land
♥ Just a Room to Express My Feeling & Thought ♥
Saturday, January 31, 2015
Lang Tengah Island
Tahun 2014 mmg banyak pulau yg ku lawati. Salah satu nya Pulau Lang Tengah yang terletak di Terengganu. Aku ke Lang Tengah ni pada bulan April 2014. Date tak yah tanya lah tak ingat exact date dah.. Kui3. Kali ni my solo travel, setakat dalam Malaysia, berani lah lagi. Malaysia kan masih aman.. Keh3. Baiklah, aku bertolak dari Perlis ke Terengganu drive all alone. Sgt suffer drive kali ni sbb sepanjang perjalanan diganggu oleh HQ ofis & ofis non stop pasai keje. Demm.. Depa mmg tak leh tengok aku senang. Berapa kali stop utk reply email, balas wasap etc. Makin berkembang teknologi, makin no privacy life kita. Kalau dulu senang, hg cuti je & keluar dr opis, tunggu lah org tu masuk balik keje.. Huhu. Aku bertolak dlm 10 pagi, aim sampai ke Terengganu dlm ptg, check in then esok pagi off to island. Last2 kui 8 malam kot baru sampai Terengganu. Fuhh.. Hazab punya letih. Aku pilih utk check in dkt Sutra Beach Resort. Selain dari dah biasa, situ dekat dengan Jeti Merang. Yupp. Jeti ke Lang Tengah sama dgn Jeti Redang. Naik kat Merang. Tp Perhentian naik kat Besut tau. Dun kompius. Lepas check in, mandi, fuhh nyaman gila baring atas katil. Esok bot dlm kui 10 pagi. Pasai book tempat hotel plak aku suh adik ipar book kan. Walk in dalam 2-3 minggu awai. Bkn apa, malas la nak online book ni, kena kencing caj mahal or asyik2 penuh. So, suh adik ipar ku yg mmg org ganu & dok sana juz walk in usha2 kat jeti je ptg2 bila dia free. Rumah dia pon mmg kat merang & dekat ngan jeti. Aku pilih utk stay kat D Coconut Lagoon. Sorang kapla 500++ for 3d 2n includes bekpes, lunch & dinner + snorkling. Tak yah pikir pape dah. Owh, btw Lang Tengah ni kedudukan dia adalah betul tengah2 antara Perhentian & Redang. Masa naik boat bleh nampak Perhentian sebelah kiri & Redang sebelah kanan. Okeh.. Gambar2 perhentian akan diupload nanti.. Sbb dlm henpon satu lagik.. C ya..!!
Saturday, January 24, 2015
Mataking Island
Cuaca agak mendung skit lah, pastu hujan.. Sbb tu langit kelam & gambar kurang maveles. Hakikatnya.. Indah sgt tau.. Kalau alang2 dah sampai Mabul wajib pegi Mataking sekali. Nak pi Sipadan sama ari tu tp full sbb Sipadan ada limit org utk masuk. Hmm.. Mebi nect time? Hiksss.. Ok, bye now.. Afta this.. Pulau Lang Tengah, Krabi, Phi Phi Island & Maldives. Tungggggu..!!!
Friday, January 23, 2015
Crush Rock Kapak
Teringat nak tulis pasal ni sbb baru2 ni kita dikejutkan dgn penangkapan Zamani Slam sbb kes dadah. Terus teringat yg Zamani ni antara crush aku masa zaman sekolah aka zaman rock kapak dulu. Why? Sbb biasa lah vokalis mmg selalu org aim lebeh kan.. Haha.. Selain Zamani, Shah Slam pun aku taste. Sbb? Aku mmg suka laki pandai main gitar & rambut panjang time tu.. Haha.. Pelik punya taste. Biasa la anak2 muda baru nak up time tu. Kalau bdk zaman skang harus lah gila kan ala2 dak2 hip hop subang jaya mmg ada gaya mcm hari2 hari raya.. Kah3.
Another crush retis aku time tu Ajin Blackrose. Ohemgee. Boleh bayang tak betapa hensem nye si Ajin time tu? Dah la suara bleh cair mek dengar. Pandai main segala instrumen lak tu.. Ishhh.. Sampai skang lah aku dok gilakan si Ajin tu. Sehari tak dengar lagu Blackrose tak sah. Karoks pun lagu wajib haruslah Cinta Abadi uols. Lagu penantian kenot go sbb tinggi.. Haha.. Ingat tak AJL thn 1991 (aku baru darjah berapa ntah) masa pengacara Azwan Ali ketika sel otak2 nya masih berhubung.. Seksa gila kot Ajin nyanyi time tu. Dia pun susah nak tarik tambah la aku rakyat marhaen ni kan? Haha.. Tp time tu Ajin.. Perghh.. Style abeh.. Keh3..
Selain tu, crush rock kapak aku yg lain Along Exist. Sbb pun lupa dah sbb apa.. Haha.. Tp exist ni aku suka sejak sekolah rendah la sbb zaman2 tu rasa sebaya ja ngan diaorg.
Well, ekceli byk lagi tp ni yang PALING aku suka dulu, kini, selamanya.. Zaman Rock Kapak sentiasa indah dan mekar dlm ingatan hingga kini. Rasa bertuah sbb dpt lalui zaman tu dr lalui zaman hip hop budak subang jaya.. Haha.. Alah, korang yg muda2 ni pun kalau pi karoks, lagu rock kapak jugak kan. Semoga Zamani pulih dari najis dadah.. Harap dia kembali bersinar selepas pemulihan. Apa2 pun suara dia mmg lemak merdu wpun menyanyi dlm keadaan bergari tu. Sayu iols tengok taw.. Huhu.. Kami semua sayang anda.. Moga terus diberikan hidayah
Sunday, October 26, 2014
Temporary Post
Yeah. It will be deleted soon. Why ada temporary post ni. Saje nak kata kan yg blog ni bertuan lagi.. Huahuahua.. Wpon tade pembaca or follower tegar or tak tegar pun juz utk remind diri sendiri, i used to love menulis.. Sbb tu ada blog ni. Why skrg tak tulis2..?? Sbb terlampau bz sampai ke tahap bawak balik keje kat rumah. Sedih kan? Mmg sedih.. Aku pun tak suka begitew. But what to do.. Cari makan.. Well.. I'll be back soon.. At least bila 4 submission aku siap.. 1 write up tah pape tu siap & 1 fail utk brief boss tu siap. Sbb pasai fail utk brief boss tu kan, ekceli tu fail org lain.. Senang sgt kan keje org lain.. Tinggalkan taik dia utk kita cuci.. Alamat nye aku cuci pun lebih kurang je lah.. Yg nak busuk hg sendiri kot.. Kbai..
Well gambar atas tade pape kena mengena ngan citer.. Saja nak try kamera henpon baru.. Iphone 6 baq ang.. Huahuahua.. 6 bln tak leh soping pape yee.. Ok la aku jenis pakai phone lama.. Last aku nye phone tu iphone 4.. 2 thn lebih gak kot.. Ke 3 thn dah.. Mebi kuat iphone 8 nti baru aku beli lain.. Ok then.. Bye sekali lagik
Friday, April 25, 2014
Mabul Island
Di Semporna pelbagai pulau yg indah boleh dilawati. Kami pilih utk stay kat Mabul. Sbb Mabul ada backpackers chalet yg masih berkemampuan. Dan chalet nya pulak haruslah terapung atas air. Subhanallah..!! Nothing more can say..!! Indah sungguh weh. Sampai2 tu penyu kat bwh chalet berkeliaran sama byk dgn kucing. Air tu tak payah cakap lah mcm mana keadaan dia.. Mmg lah mabeles kan.. Di Mabul, ada pelbagai chalet yg mampu di diami. Antaranya Scuba Jeff & Uncle Chang. Kami memilih utk stay di Uncle Chang. How to reach Mabul, post kat bawah dah cerita, sila baca.. Hehe.. Duduk je chalet murah2, then kita berjalan lah keliling Mabul tu utk tengok resort yg mahai2.. Keh3.. Masa kami stay kat situ, kebetulan malam nya tu ada perkahwinan org bajau laut. So sempat la jengah tengok.. Bersanding mcm biasa, then org2 muda bleh naik atas stage & menari utk pengantin. Kata org situ, sape yg bujang kalu bg duit pada org2 yg naik menari tu leh dpt jodoh pastu.. Iskk.. Rugi plak aku tak bagi.. Haha..
Bab makan plak, tak yah risau. Mcm pakej2 pulau yg lain.. Chalet sini pon provide dr bekpes sampai lah ke dinner. Apa yg lagi best, pagi2 org2 kampung aka bajau laut akan dtg area2 chalet korang dan jual hasil laut diaorg. Murah2 je. Pastu, korang bleh beli & upah org chalet masakkan. 15 hengget je.. So kami try lah beli ikan besar then upah masak 3 rasa.. Yummeh.. Dkt Uncle Chang ni gak include pakej snorkling.. Dia bwk snorkling area Mabul & Kapalai. Kapalai..!!! Ya Allah.. Speechless. Sgt cantik underwaternya.. Rugi sgt masa tu aku tak beli lagi gopro. So no underwater picture..!!! Marah betol sy..!! Adik bajau laut tu bwk aku snorkling situ without life jacket. Kagum betoi aku ngan bajau laut ni. One time, masa ada penyu dok termenung kat dlm laut tu, dia selam.. Then bleh berdiri dpn penyu tu.. Berjalan dlm laut tu.. Fuhh.. Aku yg snorkling dr atas ni plak yg rasa nak lemas tengok.. Haha.. Masa tu plak snorkling gear or google ada satu je, so siap bukak sharing ngan org2 keliling bila depa nak tgok underwater.. Rasa closed je time tu. Tu yg best bila bercuti kat pulau ni sbb kita kenal byk org2 baru. Tp paling best kat Mabul lah sbb tak ramai org poyoness.. Wakakaka.. Then, dgn org2 sebelah plak rasa mcm jiran2 ja.. Kita bertegur sapa dgn ramah tamah sekali.. Hihi.. Sampai nak balik bleh rasa sedih kemain
Starfish also everywhere
Majlis kawen org Bajau Laut
Saturday, April 19, 2014
KL - Tawau - Semporna
Hi again. Last year (bln 12) diri ini menjelajah borneo utk ke Mabul Island. Sblm post about Mabul, nak cerita mengenai perjalanan ke Semporna dulu. Memandangkan berulang2 kali iols repeat the same jawapan dgn soalan2 yg sama "mcm mana nak sampai Mabul?" So iols decide utk tulis kat blog camna nak sampai sana. Pasni uols baca lah sendiri. Malas tau korang ni, baca blog aku tanak, gugel tanak, tau2 nak jawapan direct je dari aku. Ingat aku apa? Travel agencies.. Hahaha.. Mohon sentap. Ok, nak ke Mabul ni, kena lah naik flight kan. Nak cerita ke camna nak beli tiket flight? Melampau uols.. Hahaha.. Memandangkan aku ni dari utara baq ang, tade direct flight so aku amik tiket dr AS-KUL sehari awal. Saja la tak mau amik same date takut rushing or tau lah Air Asia ni kang delay sana sini ada gak terlepas. So aku amik flight ptg dr AS to KL, sampai ptg, then stay 1 nite at sana & flight pagi kul 8 esok nye ke Tawau. So subuh2 hari dah tercongok lah kat LCCT. Ok, kenapa Tawau? Ko gila nak turun KK? KK- Semporna almost 7-8 jam drive okeh. So Tawau is the nearest airport to Semporna. Kenapa Semporna? Ya la nak pi Mabul kena lah pegi Semporna. Jeti ke Mabul kat Semporna. Ok naik flight yg almost 2 jam lebih perjalanan dr KL-Tawau, sampai lah dalam pukul 10 lebih gitu. Dari Tawau nak ke Semporna mcm mana? Ikut koranglah.. Haha.. Mcm kami, weols amik pakej from Uncle Chang Lodge di Mabul, so masa book tu (dia mintak sesiap no flight semua) dia akan tanya nak org pick up kat airport tak utk terua bawak ke jetty, terus weols said yes je. Bkn apa, 1st timer malas nak pikir lelebih cam ne nak reach without org resort jemput. So, dia include RM100 dlm bil. Jauh jugak taw Tawau-Semporna ni dkt 2 jam jugak. So, kalau amik taxi biasa ku khuatiri sama or lagi mahal. Ataupun kalu korang rajin, amik lah taxi kat airport nun, then mintak hantar ke pekan Tawau then cari lah bas nak ke Semporna. Lagi jimat tp aku la malas. Kalau korang rajin, leh try. Baiklah, masa kami sampai kat airport tu, rupanya ramai org2 resort dok tunggu sambil angkat sepanduk gitew. Dari Mabul, Mataking, Kapalai etc. Owh.. Teruja sudah. Slps jumpak dgn org yg pick up kami, dia pun seterusnya membawak kami ke Semporna, nampak le jalan2 nak ke Lahad Datu, Kg Tanduo (motif?) hehe. Masa kami pegi tu, kes Lahad Datu dah abis dah tp kes pelancong kena colek & tembak kat Pom Pom Island baru sgt lepas. Tp dah beli tiket & book chalet kan, tawakal je lah. Nak mati or org jahat ni mana2 pun ada. Ok melalut lak.. Haa.. Sampai kat Semporna dlm kul 12 tghari gitu, nampak abg2 polis sini pun bawa M16 je merata2 so rasa selamat lah. Pastu org resort kata boat kami kul 2.00 ptg. So ada masa utk ronda2 area Semporna dulu. Kami lunch dkt area restoren dkt pasar/kedai terapung situ. Tengok2 souvenir tp plan balik nanti baru beli. Sbb nak tgok kat Mabul dulu souvenirnya. So dlm pukul 2 lebeh janji melayu barulah boat sampai & kami menaiki boat meredah lautan utk sampai ke Mabul. Jgn lupa pakai life jaket.. Hehe.. So, next post gonna be bout Mabul Island. Antara pesanan, sampai jetty nanti jgn upah org bawak beg sbb lps uols byr haram dia tak bawak, jgn senang tertipu dgn mutiara yg kunun2 asli dijual org perseorangan & bawak cash byk skit sbb di Mabul barang2 mahai, no ATM. Tu je wat masa ni. Bye uols..
Kita tunggu boat kat sini. Sampai nak terlena lah aku. Mamat China baju hijau yu lawak ah.. Hahaha.. Next post nanti cite pasai dia
Friday, April 18, 2014
Redang Island
Dah melawat Pulau Redang? Mesti masuk dalam ur wajib list okeh. Pulau Redang terletak di mana? Ye, Terengganu. Utk ke Redang, saya memilih utk menaiki boat dari Jetty Merang. Kalau jenis manja malas nak penat2 boleh lah naik Berjaya Air turun di Redang tp tak thrill lah. Kata nak rasa island life gitew. Okeh, as usual saya memilih pakej utk ke Redang. Bkn apa, malas nak pikir nak makan dimana, nak bawak cash byk2 etc. Stay di Redang Holiday Villa selama 3D 2N dgn harga RM500++ per head including makan bekpes, lunch & dinner and boat fare. Review yg boleh iols bagi.. Nora bg 4 bintang dr 5.. Hehe.. Bg 5 bintang mcm full mark sgt. Bilik sgt tip top, boleh masuk 5 org sbb ada 2 katil yg beso & 1 lg katil/tilam atas attic. Bilik bersih, electricity 24hrs tak mcm Perhentian. Pemandangan dari bilik lawa gila. Cuma yg penatnya sbb kena memanjat setinggi tinggi bukit sbb bilik kami atas bukit. Tp view dr bilik.. Perghh.. Mcm gambar bawah ni lah. Makan juga bleh tahan, sedap. Owh pakej ni jugak haruslah dgn trip snorkling. Redang ni bawak ke 3 tempat snorkling yg mmg indah2. My fave is Marine Park sbb tempat lain tu open sea. Ombak sgt kuat uols penat nak melawan ombak gitew. Malam2 di Redang tak lah semeriah mcm Perhentian but quite hidup rather than mabul, mataking or lang tengah (next review). Sila lah menjamu selera dgn pic2 iols snap di Redang. Malas nak buh byk2. Nak view byk2 sudi visit my ig.. Lolz
Subscribe to:
Posts (Atom)